LENGGONG: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara pada Ahad menyerahkan pengurusan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Lembah Lenggong kepada kerajaan Perak.
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tapak itu diharap akan diuruskan dengan lebih baik di bawah kepimpinan Menteri Besar Perak dan pelbagai agensi pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya akan meminta Jabatan Warisan Negara berbincang dengan kerajaan negeri yang menguruskan dan berperanan sebagai 'Pejabat Warisan Dunia' bagi tapak ini untuk membuat susunan serta kerjasama.
"Dari segi kewangan, kerajaan negeri boleh memohon peruntukan yang diperlukan daripada kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Warisan@Lenggong bersempena sambutan Ulang Tahun ke-11 Pengiktirafan Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO serta Festival Merakyatkan Seni Budaya Warisan Akar Umbi di Dataran Lenggong, di sini, pada Ahad.
Pada majlis itu, Tiong menyampaikan watikah pengurusan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong kepada Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada kerajaan negeri bagi tujuan mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024 tidak lama lagi.
Sementara itu, Saarani dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Lenggong yang berusaha mengatur pelbagai strategi pengurusan bagi memastikan Tapak Warisan Dunia itu terus terpelihara.
"Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Warisan Negara dan Tourism Perak Management Berhad yang tidak pernah jemu mengatur program warisan serta kebudayaan hingga ke akar umbi dalam memartabatkan Lenggong sebagai khazanah warisan dunia," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, di sini, berkata, dengan slogan 'Promising Perak', Tahun Melawat Perak 2024 akan memfokus kepada warisan, gastronomi dan ekopelancongan bagi merangsang semula ekonomi sektor itu dan memanfaatkan hasilnya untuk pemulihan ekologi serta penjagaan alam sekitar.
"Kerajaan negeri melalui Tourism Perak juga melaksanakan pelbagai aktiviti promosi pelancongan di dalam mahupun luar negara bagi memeriahkan dan menjayakan Tahun Melawat Perak 2024.
"Kepelbagaian produk pelancongan di negeri ini seperti Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong ini yang menawarkan produk arkeopelancongan dan Lenggong Geopark yang merangkumi geotapak Batu Ring, Telaga Biru dan Debu Tasik Toba, akan diketengahkan bagi menggamit lebih ramai pelancong dalam dan luar negara," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023

Tiong King Sing (dua dari kanan) berkata, tapak itu diharap akan diuruskan dengan lebih baik di bawah kepimpinan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad (dua dari kiri) dan pelbagai agensi pentadbiran kerajaan negeri. - Foto BERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.