IPOH: Kebenaran merapatkan saf solat berjemaah di masjid dan surau membolehkan solat sunat tarawih kembali meriah dengan kehadiran ramai jemaah.
Tinjauan Sinar Harian di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati di sini, mendapati seluruh ruang utama solat di masjid tersebut penuh sehingga saf terakhir malahan terdapat jemaah yang terpaksa solat di luar dewan solat utama.
Seorang jemaah masjid yang ditemui, Mustafa Kamal Harun, 67, meluahkan rasa gembira dan terharu apabila tuntutan merapatkan saf dapat dilaksanakan semula.
Katanya, perkara itu amat dinanti-nantikan oleh seluruh jemaah masjid dan surau kerana penjarakan saf solat berjemaah begitu asing.
"Apabila diumumkan saf boleh dirapatkan, saya antara orang yang sangat gembira dan tidak sabar untuk melaksanakannya. Merapatkan saf memang sangat dituntut dan setelah sekian lama ia dibenarkan kembali.
"Saya juga seronok bila rapat saf, kita dapat lihat semangat silaturahim itu kembali semula," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati di sini pada Sabtu.
KANDUNGAN RAMADAN ASTRO AWANI ADA DI SINI
Sementara itu, Pengerusi Masjid Muhammad Al-Fateh, Zulkifly Ibrahim berkata, apabila saf boleh mula dirapatkan, jumlah jemaah meningkat begitu ketara.
Katanya, bagaimanapun masih ada yang kekok untuk merapatkan saf memandangkan amalan tersebut telah dua tahun ditinggalkan.
"Alhamdulillah, kehadiran jemaah sangat baik terutama golongan muda yang datang ke masjid. Begitu juga mereka yang hadir membawa anak-anak dan ahli keluarga masing-masing.
"Cuma mungkin terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang kurang jelas dan perlu diperbaiki agar jemaah selesa menunaikan solat berjemaah di masjid," katanya.
Menurut Zulkifly, antara SOP yang boleh diperbaiki melibatkan galakan membawa sejadah sendiri dengan pelbagai saiz menyebabkan berlaku penjarakan saf dan kehadiran jemaah pelbagai peringkat usia.
Katanya, ada jemaah yang ragu-ragu untuk membawa ahli keluarga mereka ke masjid dan surau begitu juga dengan warga asing yang bimbang untuk hadir menunaikan solat berjemaah di masjid.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Apr 02 2022
Antara SOP yang boleh diperbaiki melibatkan galakan membawa sejadah sendiri dengan pelbagai saiz menyebabkan berlaku penjarakan saf. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
KPDN terbuka kaji syor naikkan nilai denda jika salah guna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan cadangan dan syor meningkatkan nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Malaysia sanggup lakukan apa sahaja demi kedamaian Palestin
Malaysia mengalu-alukan usaha dalam mencapai kedamaian di Gaza susulan persetujuan Israel dan Hamas untuk melakukan gencatan senjata.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Tiga pekerja restoran pengsan
Tiga pekerja restoran makanan segera di Kuala Nerus pengsan selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di premis berkenaan.
Remaja maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri
Seorang remaja lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu pada Khamis.
Tarawih kembali meriah
Kebenaran merapatkan saf solat berjemaah di masjid dan surau membolehkan solat sunat tarawih kembali meriah dengan kehadiran ramai jemaah.