KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengakui kadar tarif air yang terlalu rendah mungkin menjadi punca rakyat di negara ini tidak menghargai sumber asas itu sehingga mengakibatkan penggunaan yang berlebihan.
Justeru menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menolak kerajaan akan mengkaji keperluan untuk menaikkan tarif air domestik sebagai usaha menangani isu pembaziran air.
Jelas beliau, penggunaan air di Malaysia dikategorikan sebagai sangat tinggi, dan ia sukar untuk diubah kerana sudah menjadi tabiat masyarakat.
Selain itu, beliau berkata, kadar tarif yang rendah turut memberi tekanan kepada pengoperasian syarikat-syarikat air.
"Ya penggunaan air kita memang sangat-sangat tinggi. Itu satu perkara yang mengambil masa sebab ia soal habit dan kebiasaan kita. Mahu tidak mahu ini keputusan yang telah diambil dan dimaklumkan oleh kerajaan sebelum ini juga iaitu tentang soal tarif air.
"Bila soal tarif air itu terlalu rendah ia memberi tekanan kepada syarikat air dan juga melahirkan sikap yang mungkin tidak menghargai air dalam kalangan rakyat kita.
"Tahun lepas telah diluluskan di bawah kerajaan sebelum ini untuk dinaikkan dulu bukan domestik tarif. Kemudian peringkat seterusnya (kerajaan) mengkaji semula tarif-tarif domestik. Itu secara jujur perkara-perkara yang kita kena ambil maklum untuk atasi masalah ini," katanya ketika sesi menggulung perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Nik Nazmi (PH-Setiawangsa) menjawab celahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang bertanya apakah usaha yang boleh dilakukan kementerian untuk mendidik rakyat agar mengurangkan penggunaan air tanpa menjejaskan kesejahteraan.
Sebelum itu, beliau Jimmy Puah berkata statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan seorang rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 201 liter air setiap hari, yang mana penggunaan tersebut adalah melebihi 20 peratus daripada cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, data tersebut juga menunjukkan kadar penggunaan air di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara-negara jiran seperti Thailand yang menggunakan 193 liter sehari, manakala Singapura (151 liter).
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata SPAN turut memberikan insentif dan geran pembiayaan sepadan bagi menggalakkan kerajaan negeri mengurangkan penggunaan air tidak terhasil (NRW).
"Johor dan Selangor menunjukkan peningkatan yang sangat baik dalam mengurangkan NRW dan kerajaan memberikan dan geran pembiayaan sepadan kepada mereka.
"Selain itu, ada juga geran secara terus diberikan kepada negeri-negeri yang mahu mengurangkan NRW," ujarnya lagi.
Pada Julai tahun lalu, kerajaan bersetuju mengekalkan tarif bekalan air bagi kategori domestik (premis kediaman) di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berikutan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju dengan pelaksanaan pelarasan tarif bekalan air bagi kategori bukan domestik serta kategori khas di Semenanjung Malaysia dan Labuan berkuat kuasa 1 Ogos (2022), membabitkan kenaikan purata sebanyak 25 sen bagi setiap meter padu.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 23 2023

Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menolak kerajaan akan mengkaji keperluan untuk menaikkan tarif air domestik sebagai usaha mengangani isu pembaziran air. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.

Kelantan tetap laksana pelarasan tarif air - Mohd Nassuruddin
Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan pelarasan tarif air di negeri itu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.

Pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik, bukan domestik di Terengganu berkuat kuasa 1 Feb
Pelarasan tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik dan bukan domestik di Terengganu akan berkuat kuasa pada 1 Feb depan.

Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf
Kerajaan Melaka akan mengumumkan tarif baharu air pada Rabu ini dengan mengutamakan kepentingan pengguna dan pemegang taruh terlibat.

Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.

Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb
Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Feb ini sepertimana yang diputuskan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Persetujuan pelarasan tarif air berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada negeri yang tidak pernah melakukan pelarasan tarif arif melebihi 40 tahun.

Rungutan masalah air di Kelantan berkurang - Nassuruddin
Rungutan berkaitan masalah air di Kelantan semakin berkurangan berikutan usaha kerajaan menaik taraf keperluan itu.

Pelarasan kadar tarif air jamin perkhidmatan lebih baik - AWER
Pengumuman pelarasan tarif air yang diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah suatu usaha yang mampu menjamin perkhidmatan air yang lebih baik di negara ini.

Bermula 1 Februari, tarif air naik purata 22 sen setiap meter padu
SPAN umum tarif air pengguna domestik di Semenanjung dan Labuan diselaras berkuat kuasa 1 Februari.