KUALA LUMPUR:Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) untuk tahun taksiran 2019 dan 2020 bagi syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan petroleum kekal seperti termaktub dalam Program Memfail Borang Nyata Tahun 2020 (Pindaan 3/2020).
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Program Memfail Borang Nyata itu yang dikemas kini 28 April lepas telah mengambil kira kesan penularan COVID-19 dan tambahan masa dua serta tiga bulan diberi secara automatik kepada pembayar cukai yang layak.
Bagaimanapun pembayar cukai yang tidak dapat berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar boleh membuat permohonan lanjutan masa tambahan kepada LHDNM.
Menurut LHDNM, permohonan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan terus kepada cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai mereka.
"Setiap permohonan yang diterima akan diteliti berdasarkan merit kes dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon," jelas LHDNM dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan terus kepada cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pembayar.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Pembayar cukai kod MISC layak dapat penangguhan bayaran - LHDN
Perniagaan pengangkutan penumpang melalui udara mengikut laluan dan jadual biasa, hotel dan operator aktiviti pelancongan antara perniagaan di bawah kod MISC layak mendapat penangguhan bayaran.

Tarikh akhir kemuka BNCP bagi syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan petroleum kekal - LHDNM
Ia telah mengambil kira kesan penularan COVID-19 dan tambahan masa dua serta tiga bulan diberi secara automatik kepada pembayar cukai yang layak.

Shahrir Samad mengaku tidak bersalah
Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Kaunter LHDN seluruh negara dibuka hujung minggu ini
Kaunter-kaunter berkenaan akan beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu ini.

Senarai pelepasan dan rebat cukai 2016
Berikut adalah senarai cukai yang layak dituntut oleh individu pemastautin di Malaysia dan senarai pelepasan cukai.

6 maklumat penting tentang kemudahan e-Filing
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau terlupa kata laluan, berikut adalah 6 maklumat penting tentang kemudahan e-Filing.

LHDN tawar pengurangan penalti 15 hingga 20 peratus kepada pembayar cukai
Pengurangan itu akan diberikan kepada mereka yang membuat pengakuan sukarela untuk tahun ke belakang bermula 1 Mac lepas hingga 15 Disember ini.

Pembayar cukai boleh guna e-Filing mulai 1 Mac
Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan tahun taksiran 2014 mereka melalui e-Filing mulai 1 Mac ini.

Tarikh akhir hantar borang BNCP melalui E-Filing dilanjut sehingga 15 Julai - LHDN
Pelanjutan tarikh itu bagaimanapun adalah bagi mereka yang mengisi borang borang B, BT, M dan MT secara e-Filing dan yang ingin membuat bayaran baki cukai sahaja.

Lebih 2.6 juta bayar cukai guna e-Filing
LHDNM mengucap terima kasih dalam sebuah kenyataan media kepada semua pembayar cukai yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka.