KUALA LUMPUR:Kerajaan akan mengumumkan tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) dalam masa terdekat, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, kerajaan juga akan mengumumkan dalam masa terdekat ini permohonan baharu dan rayuan yang diluluskan, yang dijangka disalurkan mulai bulan ini juga.
Proses semakan permohonan baharu dan rayuan BPN 2.0 masih dijalankan, katanya.
"Penunaian fasa pertama BPN 2.0 melalui BSN bagi mereka yang gagal kredit juga masih sedang diteruskan," katanya semasa membentangkan Laporan LAKSANA ke-35, laporan pertama bagi 2021, hari ini.
Mengenai Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0, Tengku Zafrul berkata, proses semakan permohonan baharu dan rayuan sedang melalui proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Mengenai fasa pertama Program Subsidi Upah (PSU 1.0) yang mana permohonan ditutup pada 30 Sept, 2020, beliau berkata sehingga 25 Dis, 2020, permohonan subsidi upah yang diluluskan mencapai nilai RM12.682 bilion berbanding RM12.608 bilion pada minggu sebelumnya.
Bagi PSU 2.0, yang bermula pada 1 Okt, 2020, beliau berkata setakat 25 Dis, 2020, sejumlah RM418.67 juta telah disalurkan kepada 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 307,420 pekerja berbanding RM239.73 juta bagi 51,022 majikan dan 420,193 pekerja pada minggu sebelumnya.
Mengenai peruntukan RM2 bilion di bawah PENJANA PKS (perusahaan kecil dan sederhana) beliau berkata pembiayaan bernilai RM1.12 bilion melibatkan 5,764 permohonan telah diluluskan setakat 25 Dis, 2020.
Bagi peruntukan RM1 bilion di bawah Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA, khusus bagi PKS dan PKS mikro dalam sektor ini yang masih terkesan dengan COVID-19, beliau berkata, setakat 25 Disember, terdapat 550 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 261 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM52.8 juta berbanding 245 permohonan dengan nilai RM49.9 juta pada 11 Dis, 2020.
Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS), juga khas untuk PKS Mikro.
"Sehingga 25 Dis, 2020, sebanyak RM99.4 juta telah disalurkan di bawah TBRS dan memanfaatkan 14,893 PKS Mikro," katanya.
Mengenai Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) Tengku Zafrul berkata, setakat 25 Dis, 2020, RM282.8 juta telah disalurkan bagi memanfaatkan 8,158 PKS Mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan.
Bagi peruntukan RM200 juta Bumiputera Relief Financing (BRF), yang diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), beliau berkata, setakat 25 Dis, 2020, dana ini telah disalurkan kepada 322 PKS melibatkan jumlah RM82.8 juta berbanding 270 PKS dengan jumlah RM68.2 juta pada 11 Dis, 2020.
Dari segi sokongan pembiayaan RM400 juta bagi Industri Pertanian dan Makanan kepada golongan petani, peladang dan nelayan, beliau berkata RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank.
"Sehingga 25 Dis, 2020, sebanyak RM64.7 juta telah disalurkan di bawah skim ini bagi memanfaatkan 6,325 PKS Mikro pertanian berbanding RM60.9 juta untuk 6,094 PKS Mikro pertanian pada 11 Dis, 2020," katanya.
Mengenai pengecualian 100 peratus duti eksport kepada sektor komoditi yang juga merangkumi industri berasaskan minyak sawit, bagi merangsang pertumbuhan sektor komoditi dan nilai eksport negara, setakat 25 Dis, 2020, nilai pengecualian duti eksport yang berjaya dimanfaatkan oleh industri komoditi negara ialah sebanyak RM426.9 juta berbanding RM373 juta pada 11 Dis, 2020.
Bagi pelepasan cukai jualan bagi kenderaan penumpang, beliau berkata, setakat 25 Dis, 2020, nilai pelepasan cukai jualan yang telah dimanfaatkan adalah berjumlah RM197.57 juta berbanding RM192.7 juta pada minggu sebelumnya.
Mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) antara tempoh 1 Julai sehingga 25 Dis, 2020, sebanyak 191,737 tuntutan diterima dengan nilai RM19.57 juta berbanding 186,312 tuntutan dengan jumlah RM18.35 juta pada minggu sebelumnya.
Bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, setakat 25 Dis, 2020, seramai 128,778 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini berbanding 122,126 pekerja pada minggu sebelumnya.
Di bawah Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran, beliau berkata, setakat 25 Dis,2020, seramai 130,385 individu telah diluluskan untuk mengambil bahagian dalam program yang disediakan berbanding 129,667 individu pada minggu sebelumnya.
Mengenai subsidi pengangkutan awam MY30, Tengku Zafrul berkata, setakat 25 Dis, 2020, sebanyak RM127.74 juta telah disalurkan bagi langganan 751,414 pas bulanan pengangkutan awam tanpa had bernilai RM30 ini, yang disediakan khusus untuk warganegara Malaysia berbanding RM123.8 juta bagi 728,225 pas bulanan pada 11 Disember 2020. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021

Kerajaan juga, kata Tengku Zafrul, akan mengumumkan dalam masa terdekat ini permohonan baharu dan rayuan yang diluluskan, yang dijangka disalurkan mulai bulan ini juga. - Gambar fail

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Fasa pertama bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bermula esok - Tengku Zafrul
Ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.

Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

PERMAI: Bayaran fasa kedua BPN 2.0 Khamis ini
Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dilaksanakan bermula 21 Januari ini.

PKP 2.0: Bantuan pindahan tunai perlu diterus dan segerakan - Penyelidik
Penyelidik, Adam Manaf Mohamed Firouz berkata bantuan kewangan tersebut dilihat merupakan bantuan yang paling berkesan tatkala PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu.

BPN 2.0 mula dibayar 21 Januari ini
Byaran BPN fasa kedua dipercepatkan ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan umum tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) dalam masa terdekat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Lebih 9.86 juta terima BPN 2.0 setakat 3 November 2020
Sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 setakat 3 November 2020.

BNM, industri perbankan tambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pihaknya telah bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.

Belanjawan 2021: 'Bantuan untuk 'Makcik Kiah' sudah tidak ada' - Penganalisis ekonomi
Bantuan Khas Prihatin yang diberikan kepada golongan bekerja sendiri seperti 'Makcik Kiah' tidak mencukupi dan mereka tetap perlu dibantu tahun hadapan.

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 bermula awal dari jadual
Pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40 melibatkan 7.5 juta penerima iaitu 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang.