KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini, beliau yang juga Naib Presiden UMNO meminta untuk diberikan sedikit masa lagi bagi menentukan tarikhnya, bersama dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Bila tarikhnya? Saya dan presiden akan menentukan, tapi percayalah sikit lagi, tak lama. Presiden.. kita bincang cepat-cepat. Saya mendengar dengan jelas, Top Five semua ada di sini, Insya-Allah dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk berbincang," katanya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.
Sementara itu, Ismail Sabri menyeru pemimpin parti itu termasuk Pemuda BN untuk menguasai peperangan secara maya dan menjawab segala tuduhan serta serangan pihak pembangkang kepada BN dan kerajaan yang dilemparkan di media sosial.
"Kelemahan kita sebelum PRU14 apabila kita tidak mampu menjawab isu-isu besar oleh pembangkang, dan pada kali ini mereka terus memainkan fitnah kepada pemimpin kita, BN dan kerajaan.
"Yang penting apabila Parlimen dibubarkan, apabila PRU15 diadakan kita mesti menang, itu paling penting dan kalau PRU15 diadakan dan kita tidak mampu menguasai kerusi untuk membentuk kerajaan, kita akan kembali seperti sebelum PRU14," katanya.
Ismail Sabri berkata pemimpin BN juga perlu mendekati pengundi muda dengan melaksanakan libat urus bagi mendapatkan sokongan mereka.
Katanya kerajaan mampu menjaga kebajikan golongan muda dengan melaksanakan pelbagai insentif, termasuk Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan M40 (M1) yang dinaikkan daripada 75 peratus kepada 100 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Foto BERNAMA
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Tarikh pembubaran Parlimen akan diumum tidak lama lagi - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).