KUALA LUMPUR: Tasik Chini di Pahang berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia diputuskan mesyuarat The 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) 2023 di Paris, Perancis pada Selasa.
Beliau berkata mesyuarat itu mendapati semakan berkala kawasan tapak itu menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR) dan syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) dengan mengambil kira usaha yang telah diambil bagi menambah baik pengurusan tapak berkenaan.
"Ini termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan melaksanakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan," katanya dalam kenyataan semalam.
Menyifatkan keputusan itu sangat membanggakan kepada negara dan negeri Pahang, Nik Nazmi turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Pahang atas pengiktirafan itu dan berharap pengurusan tapak berkenaan terus ditambah baik.
Menurut beliau, Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan pada 2009 dan di Malaysia terdapat dua lagi tapak rizab biosfera iaitu Banjaran Crocker, Sabah dan Bukit Bendera, Pulau Pinang yang masing-masing mendapat pengiktirafan pada 2014 dan 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023

Tasik Chini sebagai Tapak Rizab Biosfera menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves dan syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves. - Gambar fail

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan
Beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti.

Pahang komited laksana pemulihan Tasik Chini secara berterusan
Kerajaan Pahang komited dalam melaksanakan usaha pemulihan Tasik Chini di Pekan dekat sini, secara berterusan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera UNESCO
Nik Nazmi berkata, ia diputuskan mesyuarat ICC MAB35 2023 di Paris, Perancis pada Selasa.

Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut - Takiyuddin
Kerajaan yakin status Tasik Chini, di Pahang sebagai sebahagian Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) tidak akan terlucut, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan
Pada ketika ini tiada operasi perlombongan di dalam kawasan Man and Biosphere (MAB) Tasik Chini.

Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan berkaitan pemuliharaan Tasik Chini bakal diajukan Fuziah Salleh kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO
Kerajaan Pahang bersedia melakukan penambaikan di Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status rizab biosfera.

Status Tasik Chini masih boleh dipertahankan
Kawasan Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar dapat dipertahan jika semua penanaman semula dan pemulihan berjalan seperti dirancang.

Tapak rizab biosfera: Pahang laksana pelbagai inisiatif, pastikan status Tasik Chini tidak ditarik balik
Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang bagi mengukuhkan tadbir urus Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

KeTSA tidak akan keluar sebarang kelulusan perlombongan di Tasik Chini
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan sensitif dan dipelihara.