KUANTAN: Pihak berkuasa negeri Pahang (PBN) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada syarikat perlombongan di Tasik Chini, Pekan lebih awal daripada tempoh lesen pajakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata tindakan itu dibuat supaya kerja-kerja memulihkan semula Tasik Chini dapat dilakukan secepat mungkin, memandangkan lesen kepada pemegang pajakan aktiviti itu sepatutnya tamat pada bulan ini.
"Saya baru meninjau perkembangan usaha pemulihan dan alhamdulillah semuanya berjalan mengikut jadual dalam aspek penanaman semula dan pembinaan benteng di situ yang sudah berada pada tahap 75 peratus.
"Malah, penglibatan masyarakat Orang Asli di sana dalam usaha ini juga sangat baik dengan mengusahakan tapak semaian pokok hutan yang akan ditanam di situ," katanya kepada pemberita pada Majlis Peletakan Batu Asas Foodlawn.Kome@Tanjung Lumpur di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata beliau akan terus memantau kerja pemuliharaan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia itu yang dijalankan pelbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Perhutanan Pahang, Jabatan Alam Sekitar dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sebelum ini, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengesahkan bahawa tiada lesen perlombongan baharu dikeluarkan selepas kawasan seluas 4,600 hektar di tasik itu diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019.
Bagaimanapun, sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah itu, hanya dua yang masih beroperasi dengan satu daripadanya tamat pada Jun lepas manakala lesen sebuah lagi pemegang pajakan dijadualkan tamat hujung tahun ini.
Pada perkembangan berkaitan, Wan Rosdy berkata penubuhan pasukan elit dalam Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang membantu mengurangkan aktiviti pencerobohan tanah dan perlombongan haram yang banyak merugikan kerajaan negeri sebelum ini.
Mengulas mengenai Foodlawn.Kome@Tanjung Lumpur, Wan Rosdy berkata, ia berkonsepkan perniagaan berpusat yang bertujuan membimbing dan melahirkan usahawan muda.
Kuantan menjadi lokasi projek rintis dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta sebelum ia dikembangkan ke daerah Maran, Lipis, Temerloh dan Rompin bagi memberi peluang kepada mereka yang mahu mencipta peluang perniagaan sendiri menerusi perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
![Tasik Chini: PBN keluar arahan henti kerja perlombongan lebih awal Tasik Chini: PBN keluar arahan henti kerja perlombongan lebih awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638529134_tasikchini.jpg)
Pihak berkuasa negeri Pahang (PBN) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada syarikat perlombongan di Tasik Chini. - pahang.gov.my
![NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739604230_NikNazmiNikAhmad.jpg)
NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
![29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan 29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739598033_TBgari.jpg)
29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.
PDRM rampas dadah berjumlah RM23.67 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan negara ini sebagai transit, sebelum diseludup ke negara ketiga dengan nilai rampasan berjumlah RM23.67 juta.
Banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602378_afgan.jpg)
Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Norshamira: Polis tahan suspek
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739600767_DatukMohdJoehariM.jpg)
Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719178289_PusatPenyelidikanT.jpg)
Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan
Beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti.
![Pahang komited laksana pemulihan Tasik Chini secara berterusan Pahang komited laksana pemulihan Tasik Chini secara berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663088530_TasikChini.jpg)
Pahang komited laksana pemulihan Tasik Chini secara berterusan
Kerajaan Pahang komited dalam melaksanakan usaha pemulihan Tasik Chini di Pekan dekat sini, secara berterusan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
![Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera UNESCO Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638529134_tasikchini.jpg)
Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera UNESCO
Nik Nazmi berkata, ia diputuskan mesyuarat ICC MAB35 2023 di Paris, Perancis pada Selasa.
![Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut - Takiyuddin Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660046972_TBTAKIYUDDINHASSAN.jpg)
Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut - Takiyuddin
Kerajaan yakin status Tasik Chini, di Pahang sebagai sebahagian Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) tidak akan terlucut, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
![Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658146190_takiyuddinhassan.jpg)
Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan
Pada ketika ini tiada operasi perlombongan di dalam kawasan Man and Biosphere (MAB) Tasik Chini.
![Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan berkaitan pemuliharaan Tasik Chini bakal diajukan Fuziah Salleh kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
![Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658925744_MohdSharkarShamsud.png)
Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO
Kerajaan Pahang bersedia melakukan penambaikan di Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status rizab biosfera.
![Status Tasik Chini masih boleh dipertahankan Status Tasik Chini masih boleh dipertahankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658882873_TasikChini.jpg)
Status Tasik Chini masih boleh dipertahankan
Kawasan Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar dapat dipertahan jika semua penanaman semula dan pemulihan berjalan seperti dirancang.
![Tapak rizab biosfera: Pahang laksana pelbagai inisiatif, pastikan status Tasik Chini tidak ditarik balik Tapak rizab biosfera: Pahang laksana pelbagai inisiatif, pastikan status Tasik Chini tidak ditarik balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658820623_TBTAKIYUDIN.jpg)
Tapak rizab biosfera: Pahang laksana pelbagai inisiatif, pastikan status Tasik Chini tidak ditarik balik
Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang bagi mengukuhkan tadbir urus Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.
![KeTSA tidak akan keluar sebarang kelulusan perlombongan di Tasik Chini KeTSA tidak akan keluar sebarang kelulusan perlombongan di Tasik Chini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71593142268_tasikchini.jpg)
KeTSA tidak akan keluar sebarang kelulusan perlombongan di Tasik Chini
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan sensitif dan dipelihara.