KUALA LUMPUR: Isu kecuaian, pengabaian dan penderaan bayi dan kanak-kanak oleh pengasuh, taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan sering kali berlaku bagaikan tiada berkesudahan. Lebih meruntun hati apabila ada yang tergamak bertindak kejam memperlakukan bayi dan kanak-kanak sehingga meragut nyawa mereka.
Artikel siri keempat daripada lima bahagian ini mengupas isu mana-mana pihak tidak kira berdaftar atau tidak, tetap tidak terlepas daripada hukuman undang-undang sekiranya terlibat dalam isu pengabaian dan penderaan ke atas kanak-kanak. Fokus juga kepada keperluan polisi menyeluruh bagi memastikan jaminan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di bawah jagaan pengasuh, taska mahupun pusat jagaan.
SESIAPA sahaja, sama ada pengasuh di rumah, taman asuhan kanak-kanak (taska) atau pusat jagaan yang berdaftar mahupun tidak, boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah dalam isu pengabaian, penganiayaan dan penderaan kanak-kanak.
Menurut Muhammad Hariz Md Yusoff, seorang peguam, antara undang-undang sedia ada untuk tindakan berkenaan ialah Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308).
"Baik pengasuh, penyelia, pengusaha taska mahupun pusat jagaan berdaftar atau tidak berdaftar yang menawarkan perkhidmatan penjagaan atau asuhan kepada kanak-kanak, jika kemalangan berlaku ketika kanak-kanak itu di bawah kendalian dan pengawasan mereka, maka mereka boleh dibawa ke muka pengadilan (mahkamah)," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Muhammad Hariz yang juga Exco Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia berkata, taska dan pusat jagaan tidak berdaftar lebih terdedah kepada tindakan perundangan berbanding dengan yang berdaftar.
Ini kerana, kata beliau, pengasuh di taska dan pusat jagaan berdaftar dikehendaki mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (Kursus Asuhan PERMATA (KAP)) oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Melalui kursus itu, mereka dilatih secara profesional mengenai pengendalian dan pengurusan kanak-kanak dan mengetahui akan kesan dan akibat sekiranya berlaku kecuaian atau penderaan kanak-kanak dan sebagainya.
HAK IBU BAPA
Masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya anak-anak mereka ditimpa kemalangan sewaktu dalam tempoh jagaan pengasuh di rumah, taska ataupun pusat jagaan.
Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 31 (1) (a) menyebut, mana-mana orang yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, yang menganiayai, mengaibkan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian, apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
"Sekiranya kes melibatkan kematian, Kanun Keseksaan juga boleh terpakai seperti Seksyen 302 membunuh dengan niat, atau Seksyen 304 membunuh tanpa niat.
"Bagi permulaan tindakan dakwaan jenayah ini, ibu bapa atau penjaga perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya sebelum mendapatkan arahan pendakwaan jenayah oleh pihak Pendakwa Raya," katanya.
Beliau menambah, ibu bapa boleh memfailkan tindakan perundangan sivil melalui saman sivil bagi menuntut pampasan secara amnya berbentuk wang tunai dan sebagai pengajaran kepada pengasuh kanak-kanak atau taska yang terlibat.
"Ibu bapa masih boleh mengambil tindakan yang sama bagi anak-anak yang berada di bawah jagaan pengasuh, taska dan pusat jagaan tidak berdaftar. Namun antara masalah atau kekangan yang mungkin berlaku ialah kesukaran pihak polis untuk menjalankan siasatan sebagai contoh mengenal pasti bukti terutama rakaman kamera litar tertutup yang mungkin tiada di premis berkenaan untuk mengukuhkan dakwaan jenayah atau sivil ke atas pelaku," katanya.
TINDAKAN TERHADAP IBU BAPA
Adakah ibu bapa wajar dipersalahkan kerana menghantar anak-anak ke tempat yang tidak berdaftar dan adakah mereka sebagai penjaga boleh dikenakan tindakan undang-undang?
Menjawab persoalan itu, Muhammad Hariz berkata, ibu bapa boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan itu kerana mereka dianggap gagal atau enggan memastikan bahawa pengasuh, pengusaha taska atau pusat jagaan kanak-kanak berdaftar dengan pihak berwajib iaitu JKM.
"Namun begitu, setakat yang diketahui, tindakan perundangan jenayah ke atas ibu bapa adalah sukar atau mustahil untuk dilaksanakan kerana tiada peruntukan secara langsung di bawah Kanun Keseksaan, Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Taman Asuhan, Kanak-Kanak 1984 berkenaan kesalahan bagi ibu bapa atau penjaga yang menghantar kanak-kanak ke taska atau pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, ibu bapa atau penjaga boleh dikenakan tindakan perundangan jenayah sekiranya terdapat atau dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan perbuatan jenayah yang berlaku kepada kanak-kanak.
"Sebagai contoh, penjaga dan pengasuh merancang untuk membunuh kanak-kanak pada tarikh dan waktu yang dirancang. Maka dalam konteks ini, penjaga boleh dikenakan tindakan jenayah atas kesalahan membunuh dan bersubahat selain beberapa peruntukan undang-undang lain sedia ada," katanya.
PERLU DAFTAR PUSAT ASUHAN
Selain aspek pendidikan, isu keselamatan kanak-kanak adalah faktor paling penting bagi semua ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk memantau dan menjaga anak-anak terutama semasa keluar bekerja.
Justeru, memilih pengasuh, taska dan pusat jagaan kanak-kanak berdaftar amat penting, bukan sahaja untuk memastikan kualiti dan standard asas seorang pengasuh dalam memberikan khidmat tetapi juga mengurangkan risiko berlakunya kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak.
Turut berkongsi rekod kes kegagalan membuat pendaftaran taska dan pusat jagaan, Muhammad Hariz berkata, menerusi statistik yang diperoleh daripada Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM, kes yang sedang berada di peringkat pendakwaan pada 2021 adalah sebanyak dua kes.
Selain itu, katanya, data JKM dari 2014 sehingga 2021, menunjukkan, rekod sabitan kesalahan bagi kegagalan membuat pendaftaran pusat jagaan adalah sebanyak 27 kes, di bawah Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993, manakala bagi taska sebanyak 44 kes sabitan di bawah Seksyen 6 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
PERLU POLISI MENYELURUH
Sementara itu, Senator Fadhlina Sidek yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, kerajaan perlu mewujudkan sebuah polisi lengkap dan menyeluruh, disertai dengan pemantauan berterusan oleh agensi terlibat bagi memastikan pengasuh, taska dan pusat jagaan kanak-kanak berdaftar sekali gus menjamin keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.
Menurut beliau, terdapat pelbagai inisiatif boleh diambil bagi menggalakkan lebih banyak pengasuh, taska dan pusat jagaan untuk berdaftar.
Antaranya, latihan intensif untuk mereka, inisiatif bantuan kewangan dan subsidi termasuk kepada ibu bapa yang turut berhadapan kekangan menghantar anak-anak ke taska berdaftar yang kosnya mungkin lebih tinggi berbanding dengan yang tidak berdaftar.
"Inisiatif ini penting. Namun sebelum itu, kita perlu ada polisi yang jelas secara holistik. Sebagai contoh, pastikan setiap pusat ini berdaftar dengan JKM dan perlu ada pemantauan secara berkala. Pemantauan ini penting kerana ada pengasuh di rumah yang menjaga lebih daripada lima orang kanak-kanak, jadi kebimbangan kita adalah daripada aspek keselamatan kanak-kanak itu.
"Pengasuh mestilah bersifat pelindung, diberikan latihan sewajarnya dan juga sokongan kewangan agar mereka ini boleh menjadi pengasuh profesional," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pemberdayaan Keluarga menambah, terdapat beberapa buah syarikat yang mengambil inisiatif melatih pengasuh profesional dan ini memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk mengupah mereka sebagai penjaga kanak-kanak atas faktor latihan, pendidikan dan kepakaran menguruskan kanak-kanak
EKOSISTEM, UNDANG-UNDANG LEBIH TEGAS
Kepada persoalan sama ada hukuman lebih berat wajar dikenakan ke atas taska atau pusat jagaan tidak berdaftar apabila berlaku kes pengabaian atau penderaan kanak-kanak, Fadhlina berkata, ia seharusnya berbalik kepada isu polisi dan sejauh mana kerajaan menyediakan ekosistem yang benar-benar menepati aspek undang-undang, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di taska mahupun pusat jagaan.
"Pada dasarnya memang kita mempersoalkan mengapa masih wujud pengasuh, taska dan pusat jagaan yang tidak berdaftar? Namun begitu, adakah polisi yang ada sekarang mampu membentuk rasa tanggungjawab dan kesediaan masyarakat untuk berdaftar? Ini kerana proses untuk menubuhkan taska dan pusat jagaan berdaftar amat sukar, malah memakan masa yang lama kerana melibatkan banyak perkara, peringkat proses termasuklah kerenah birokrasi.
"Justeru, pihak terlibat terutama JKM perlu mengambil perhatian akan perkara ini dan memastikan urusan pendaftaran taska dan pusat jagaan kanak-kanak dipermudahkan sekali gus menggalakkan lebih banyak pihak berdaftar.
"Hukuman undang-undang tetap akan berjalan tanpa mengira taska atau pusat jagaan berdaftar atau tidak jika berlaku kes pengabaian atau penderaan kanak-kanak, Namun begitu, sudah tentu yang tidak berdaftar dan beroperasi secara haram ini lebih besar tanggungjawabnya, termasuk persoalan siapa dan mengapa ia dibenarkan beroperasi?" katanya.
Fadhlina menambah, isu pengabaian, penganiayaan dan penderaan kanak-kanak yang seolah-olah tiada berkesudahan ini menuntut kerajaan mewujudkan polisi perlindungan yang lebih tegas di samping ekosistem dan undang-undang yang lebih selamat dan terjamin untuk golongan itu.
Beliau yang turut menyentuh aspek pendaftaran taska dan pusat jagaan berkata, setiap penyelia dan pengusaha memerlukan pelaburan yang lebih besar bagi memastikan latihan mencukupi untuk setiap pengasuh selain pengasuh juga perlu didedahkan dengan aspek perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 supaya mereka lebih berhati-hati dan bertanggungjawab semasa menjaga kanak-kanak.
Justeru katanya, kerajaan perlu mempertimbangkan sokongan serta bantuan terutama daripada segi kos agar lebih banyak taska dan pusat jagaan berdaftar dapat dibuka terutama di tempat kerja sekali gus memastikan kanak-kanak dapat dijaga dalam keadaan baik, teratur dan sistematik.
Ibu bapa yang bekerja, kata beliau, adalah antara yang paling terkesan apabila berlaku isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak.
"Selain memperbanyakkan pusat jagaan di tempat kerja terutama di kementerian kerajaan, pihak swasta juga boleh mula menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di premis masing-masing.
"Dengan langkah ini, kita dapat melihat adanya sokongan pihak majikan terhadap isu penganiayaan dan penderaan kanak-kanak. Ini akan menjadikan ibu bapa lebih yakin akan keselamatan anak mereka dan dapat bekerja dengan tenang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
![Taska berdaftar atau tidak, tetap tidak lepas daripada hukuman Taska berdaftar atau tidak, tetap tidak lepas daripada hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618929075_kidsabuse.jpg)
Pengasuh di taska dan pusat jagaan berdaftar dikehendaki mengikuti kursus anjuran JKM supaya mereka menerima latihan secara profesional mengenai pengendalian dan pengurusan kanak-kanak.
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
![Taska terbabit kes kematian bayi di Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya Taska terbabit kes kematian bayi di Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695212793_bayigeneric.jpg)
Taska terbabit kes kematian bayi di Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya
Arahan itu berikutan operator taska berkenaan akan menghadapi pendakwaan mengikut Akta Kanak-Kanak 2011.
![Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736574170_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.
![KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734005454_NancySyukri.jpg)
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
![RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733835509_tbTaskaKemas.jpg)
RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.
![Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733620790_TBNancyShukri.jpg)
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
![Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727928438_Pengasuhdidakwas.jpg)
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
![Bekas pengasuh dipenjara 14 bulan, paksa, suap anak asuhan makan dengan kasar Bekas pengasuh dipenjara 14 bulan, paksa, suap anak asuhan makan dengan kasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727164947_Bekaspengasuh.jpg)
Bekas pengasuh dipenjara 14 bulan, paksa, suap anak asuhan makan dengan kasar
Seorang bekas pengasuh dipenjara 14 bulan kerana mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lima bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, empat bulan lepas.
![Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah dera bayi di taska Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah dera bayi di taska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727165181_pengasuh.jpg)
Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah dera bayi di taska
Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera seorang bayi perempuan di sebuah Taska di Kampung Raja, di Jertih.
![Cikgu Sabrina kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua - Fadhlina Cikgu Sabrina kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725896753_FadhlinaSidek.jpg)
Cikgu Sabrina kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua - Fadhlina
Guru kematian anak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama pada Jumaat lepas, akan kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini.
![Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725710617_AdlyZahari.jpg)
Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.