PUTRAJAYA: Tatacara jualan dalam talian khususnya membabitkan barang kawalan dan bersubsidi akan diperketat bagi mengekang ketirisan serta penyelewengan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini, Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti beberapa langkah mengetatkan tatacara berkenaan.
Berkongsi usaha menggempur kegiatan dagangan barang kawalan dan bersubsidi menerusi rajutan di Twitter itu, Nanta berkata sebanyak 38 iklan penjualan minyak masak peket dan botol yang dipaparkan di dua platform dalam talian terkenal telah diarah diturunkan.
"Penguatkuasaan yang dijalankan bagi tempoh 1 hingga 12 Julai lepas, sebanyak 18 premis yang mempunyai alamat penjual pada platfrom dalam talian berkenaan digempur dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan bekalan minyak masak peket dan botol.
"Sebanyak 255 peket minyak masak satu kilogram (kg) dan 41 botol minyak dalam kemasan 500gram, satu kg, dua kg dan tiga kg disita dengan nilai rampasan keseluruhan RM1,495.50," katanya dalam ciapan di Twitter.
Nanta berkata justeru, satu kes direkodkan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan (PKB) 1974 iaitu mana-mana orang tidak boleh berurusan secara borong atau runcit apa-apa barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4.
Menurutnya bagi kes kedua pula, tindakan diambil mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan apa-apa barang yang dikawal selain daripada premis yang dilesenkan.
"Kedua-kedua kes itu sedang dalam tindakan mengikut saluran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP," katanya.
Dalam rajutan di Twitter beliau itu, Nanta turut mengepilkan gambar iklan minyak masak yang diturunkan di platform jualan dalam talian dan operasi gempur kegiatan dagangan barang kawalan dan bersubsidi dilaksanakan kementeriannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti beberapa langkah mengetatkan tatacara berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.

Tatacara jualan dalam talian untuk barang kawalan, subsidi diperketat
Tatacara jualan dalam talian khususnya membabitkan barang kawalan dan bersubsidi akan diperketat bagi mengekang ketirisan serta penyelewengan.

Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.

Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.

Nakseni bantu pamer, jual lukisan karya golongan OKU
Beri nilai tambah kepada cabang perniagaan OKU supaya mereka tidak bergantung kepada hasil jualan lukisan secara fizikal sahaja.

Kerana duit lama, pelajar kerugian RM5,250
Teruja kononnya akan mendapat RM80,000 hasil 'jualan' duit syiling lama, seorang pelajar IPT swasta terpaksa berputih mata apabila hangus RM5,250 ditipu sindiket penipuan.

Normal baharu: Pengusaha tanaman nanas jual dalam talian ketika PKP
Nanas dan sambutan Aidilfitri sememangnya tidak dapat dipisahkan memandangkan ia bahan utama untuk menghasilkan beberapa jenis kuih-muih apabila perayaan itu tiba.

Penjawat awam rugi RM5,000 ditipu jual beli mini traktor
Mangsa melihat iklan menjual mini traktor di laman web berkenaan berjenama Iseki pada harga RM6,500.

Tindakan tegas aktiviti jual hidupan liar dalam talian
Kerajaan Sabah memandang serius aktiviti penjualan hidupan liar termasuk daging haiwan itu secara haram menggunakan platform media sosial dan laman sesawang.