HOUSTON: Taufan Ian membadai Pantai Teluk Florida pada Rabu dengan kelajuan angin 241 kilometer sejam (km/j), hingga mengakibatkan banjir dan kemusnahan, lapor Agensi Anadolu.
Ian mendarat di Pulau Cayo Costa pada petang Rabu dan dikategori sebagai taufan Kategori Empat, walaupun tahap taufan itu sudah diturunkan kepada Kategori Tiga namun kelajuan angin masih mencecah sehingga 185 km/j.
Pusat Taufan Kebangsaan turut mengeluarkan amaran angin kencang yang boleh "mengancam nyawa".
Sekitar 1.9 juta penduduk dilaporkan terputus bekalan elektrik dan dijangka bakal mencetuskan lebih banyak malapetaka apabila taufan itu bergerak ke timur laut dengan kelajuan angin 12.8 km/j.
Ian mencetuskan angin dan hujan lebat yang diramalkan bergerak merentasi tengah Florida serta mengakibatkan lebih banyak kerosakan, menurut Pusat Taufan Kebangsaan.
"Banjir besar yang mengancam nyawa di bandar dan sepanjang sungai, dijangka merentasi tengah Florida," menurut pusat itu.
Amaran taufan turut dikeluarkan di Orlando yang kini mengalami angin kencang dan hujan setakat malam Rabu, manakala Ian dijangka membadai kawasan itu pada awal pagi Khamis.
Pakar meteorologi meramalkan curahan hujan antara 10 hingga 15 inci di Orlando serta ancaman banjir besar dan bencana.
Carolina Utara dan Virginia mengisytiharkan darurat sebagai langkah persediaan kerana dijangka hujan lebat, banjir dan kemungkinan puting beliung akan menyebabkan banyak kerosakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Taufan Ian membadai Pantai Teluk Florida dengan kelajuan angin 241km/j hingga mengakibatkan banjir dan kemusnahan. -Reuters
Trump janji nyahklasifikasi dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy, Martin Luther King Jr
Trump menyatakan bahawa langkah ini adalah untuk memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.
Mangsa penipuan umrah disaran fail tuntutan di tribunal - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.
264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.
INNOVATHON 2: BioProtein powder juara INNOVATHON 2, Raih RM100,000
BioProtein Powder dinobatkan juara INNOVATHON 2, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sokongan pelaburan bernilai sehingga RM1 juta.
Kejayaan ini diumumkan dalam episod akhir program realiti sains, teknologi, dan inovasi yang disiarkan Sabtu lalu.
Kejayaan ini diumumkan dalam episod akhir program realiti sains, teknologi, dan inovasi yang disiarkan Sabtu lalu.
WEF 2025: ABCD, ini ‘masalah’ dunia
Ketika dunia berdepan dengan perubahan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi, dan kemerosotan alam sekitar, perbincangan di Davos dijangka menjadi kian mendesak dan transformatif.
Wartawan Astro AWANI, media pertama dari Malaysia ke Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Hilal Azmi menjadi wakil media Malaysia pertama dari Malaysia menyampaikan laporan mendalam dari lapangan melalui lensa dan perspektif Malaysia.
Rakyat Palestin akhirnya tidur tanpa ketakutan
Untuk pertama kali dalam lebih setahun, rakyat Palestin dapat tidur tanpa rasa takut bahawa bom yang tidak dijangka akan menghujani rumah atau khemah mereka.
Pada awal pagi Ahad, terdapat kebimbangan dan ketidakpastian akibat kelewatan pelaksanaan gencatan senjata.
Namun, pada jam 11.30 pagi Ahad apabila gencatan senjata dikuatkuasakan, perasaan lega menyelubungi semua orang dengan jeda yang sangat diperlukan daripada keganasan yang berlarutan.
Pada awal pagi Ahad, terdapat kebimbangan dan ketidakpastian akibat kelewatan pelaksanaan gencatan senjata.
Namun, pada jam 11.30 pagi Ahad apabila gencatan senjata dikuatkuasakan, perasaan lega menyelubungi semua orang dengan jeda yang sangat diperlukan daripada keganasan yang berlarutan.
Wujudkan globalisasi seimbang melalui kepengerusian ASEAN
Menurut Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, keseimbangan antara hubungan diplomatik, pengekalan kedudukan sebagai rakan dagang yang strategik dan kebolehan untuk bertindak balas terhadap perubahan global adalah kunci kepada masa depan ekonomi negara.
Anwar seru rakyat utamakan nilai kemanusiaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya menghormati serta mengutamakan nilai kemanusiaan dalam membentuk Malaysia sebagai negara bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.
Beliau menyatakan usaha tersebut akan sukar dicapai sekiranya rakyat, terutamanya golongan belia dan anak muda, terus berpegang kepada budaya terlalu selesa, enggan berubah, dan mudah terpengaruh dengan mainan politik murahan sesetengah pihak.
Beliau menyatakan usaha tersebut akan sukar dicapai sekiranya rakyat, terutamanya golongan belia dan anak muda, terus berpegang kepada budaya terlalu selesa, enggan berubah, dan mudah terpengaruh dengan mainan politik murahan sesetengah pihak.
Taufan Idalia dijangka melanda Florida
Pada isnin, Taufan Idalia berada kira-kira 60 kilometer dari hujung barat Cuba dengan kelajuan angin 110 kilomter per jam.
Taufan Ian: Angka korban cecah 83 orang
Ratusan ribu penduduk pula kini sedang berdepan terputus bekalan elektrik selepas taufan berkenaan.
Taufan Ian dengan kelajuan angin cecah 185 km/j badai Florida
Pusat Taufan Kebangsaan turut mengeluarkan amaran angin kencang yang boleh "mengancam nyawa".
Taufan Ian membadai Tonga
Taufan Ian yang membadai Tonga pada Sabtu memusnahkan kawasan perkampungan, tumbuh-tumbuhan serta meragut satu nyawa.