SUNGAI BULOH: Diskaun sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan raya menjadi tarikan istimewa program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Paya Jaras di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata pemberian diskaun khas itu bertujuan bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat khususnya umat Islam yang sedang membuat persiapan Aidilfitri sekali gus, menjadikan program JMKU itu termurah di seluruh negara.
"Pada hari ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mendapat kerjasama 12 operator koperasi untuk terlibat dalam program JMKU yang menawarkan harga barangan keperluan asas harian dengan potongan harga bermula 30 peratus.
"Di samping itu, saya selaku Ahli Parlimen Sungai Buloh akan menambah lagi peratus diskaun khas untuk warga Sungai Buloh supaya program JMKU ini akan menjadi yang termurah di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program JMKU sempena Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SKM dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh hari ini.
Sebagai tambahan kepada penjimatan 30 peratus, Ramanan turut menyumbang insentif harga sebanyak 20 peratus semasa jualan 'Happy Hour' menjadikan kadar diskaun yang ditawarkan sehingga 50 peratus berbanding harga pasaran.
Antara barangan keperluan yang dijual pada program itu ialah ayam, telur, kuih raya, makanan sejuk beku, daging, sayur-sayuran dan pakaian.
Beliau turut memaklumkan Jualan MADANI itu akan diteruskan dan diadakan beberapa kali sepanjang tahun ini untuk warga Sungai Buloh.
"Saya sendiri akan menaja dengan memberi subsidi bagi memberikan lebih penjimatan untuk barangan keperluan yang akan dijual nanti," katanya.
Selain itu, beliau turut menyampaikan cek cura kemudahan pembiayaan dan bantuan daripada agensi-agensi di bawah KUSKOP berjumlah RM6.15 juta kepada 13 penerima koperasi dan usahawan bagi membiayai perkembangan perniagaan mereka.
Dalam perkembangan lain, Ramanan memaklumkan program JMKU tahun ini merekodkan jualan RM1.1 juta kepada 38 koperasi yang dilantik sebagai operator jualan setakat 26 Mac lepas dan sebanyak 13 program JMKU telah dilaksanakan di 12 kawasan Parlimen setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
![Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711779920_tbayamsegar.jpg)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan (tiga, kanan) beramah mesra dengan penduduk setempat. - Foto Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711779920_tbayamsegar.jpg)
Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara
Diskaun sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan raya menjadi tarikan istimewa program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Aidilfitri.