Kerajaan Jepun mempelawa pelajar lepasan ijazah di negara ini yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana untuk memohon biasiswa tajaannya di bawah Young Leaders' Program (YLP).
Kedutaan Jepun dalam kenyataan hari ini memaklumkan, permohonan biasiswa itu dibuka sehingga 23 September ini dan elaun bagi tempoh kursus selama setahun dari Oktober 2017 hingga Sept 2018 akan diberikan sebanyak 242,000 yen (RM9,725).
Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan yuran bulanan juga dikecualikan, manakala tiket kapal terbang pergi dan balik juga disediakan.
"Terdapat lima kursus di bawah YLP iaitu kursus Pengurusan Perniagaan, Perundangan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Kesihatan. Semua kursus disampaikan dalam Bahasa Inggeris," menurut kenyataan itu.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berkelulusan ijazah dengan kepujian.
Bagi kursus Pengurusan Perniagaan, pemohon mestilah berumur bawah 35 tahun pada 1 September 2017, fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga tahun.
Untuk empat kursus lain, pemohon mestilah berumur di bawah 40 tahun pada 1 Oktober 2017, fasih bertutur Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga tahun di sektor kerajaan.
Bagi kursus Pengurusan Perniagaan, pemohon boleh menghubungi Dewan Perdagangan & Industri Kebangsaan 03-62049811 (Annie William), kursus Pengurusan Kesihatan 03-8890 6001 (Dr Fairoz) atau 03-8883 1113 (Dr Ilya Hani).
Permohonan bagi tiga kursus lain, boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam 03-8885 3569 atau e-mel [email protected] (Rohaizad).
Bagi kursus Perundangan, permohonan bagi pegawai bukan kerajaan boleh dibuat melalui Kuliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa 03-6196 4226 atau e-mel [email protected] (Prof Madya Dr Ramizah Wan Muhammad) atau Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya 03-7967 6501 (Prof Madya Norbani Nazeri).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Perkhidmatan Jepun, Kedutaan Jepun 03-2177 2600 sambungan 146, menurut kenyataan itu.
Bernama
Thu Aug 25 2016

Permohonan biasiswa itu dibuka sehingga 23 September ini dan elaun bagi tempoh kursus selama setahun dari Oktober 2017 hingga Sept 2018 akan diberikan sebanyak 242,000 yen. - Gambar hiasan

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.

Tawaran biasiswa kerajaan Jepun untuk pengajian sarjana
Kerajaan Jepun mempelawa pelajar lepasan ijazah di negara ini yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana untuk memohon biasiswa tajaannya.