KOTA KINABALU: Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sebuah kenderaan selepas pemandunya bertindak merempuh pihak berkuasa ketika melarikan diri dalam kejadian di Jalan Tun Fuad, di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek yang juga pemandu bersama dua rakannya dipercayai tiada dokumen pengenalan diri dan cuba mengelak daripada ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian bermula apabila lima individu termasuk seorang wanita berada di dalam kereta jenis Proton Wira ditahan oleh Unit Kereta Peronda (MPV) di Tanjung Aru.
Katanya, penahanan itu berikutan maklumat yang diterima berhubung sepasang suami isteri sedang bergaduh di dalam kenderaan terbabit.
"Anggota MPV bertugas mengarahkan semua individu membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun itu turun dari kenderaan untuk pemeriksaan dokumen.
"Seorang lelaki dan wanita mendakwa mereka adalah pasangan suami isteri memberikan MyKad untuk diperiksa manakala dua lagi individu mendakwa tidak membawa MyKad dan seorang lagi iaitu pemandu memberitahu MyKad miliknya berada di tempat duduk pemandu," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa malam.
Bagaimanapun, Mohd Zaidi berkata, tiga daripada suspek termasuk wanita terbabit bertindak masuk semula ke dalam kenderaan itu dan terus memecut laju meninggalkan dua rakannya termasuk suami kepada wanita terbabit.
Katanya, anggota MPV terus mengejar kenderaan berkenaan namun sebaik sampai di Jalan Tun Fuad Stephens yang sesak, pemandu kenderaan bertindak berpatah balik secara berbahaya dan hampir merempuh anggota polis.
"Keadaan itu menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar untuk memberhentikan kenderaan suspek.
"Suspek akhirnya memberhentikan kenderaan di tengah jalan dan terus melarikan diri bersama dua lagi rakannya," katanya.
Tambah Mohd Zaidi lagi, suspek wanita berjaya ditahan di sebuah bilik penginapan di Sinsuran dan siasatan mendapati MyKad yang dibawa adalah milik orang lain.
"Dua lagi suspek masih sedang dikesan, dikenali sebagai Ijam iaitu pemandu Proton Wira berkenaan dan rakannya yang bernama Ali.
"Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan tiga suspek yang ditahan juga akan dipohon reman untuk membantu siasatan lanjut," katanya.
Sebelum itu, kejadian terbabit turut sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sehingga tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Video berdurasi 1.45 minit itu memaparkan sebuah Proton Wira berwarna kuning berhenti di tengah jalan berhampiran sebuah hotel di pusat bandar raya dan terdapat kenderaan polis menyusul di lokasi kejadian.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 12 2022
Mohd Zaidi (dua dari kiri) membuat pemeriksaan Proton Wira yang ditinggalkan suspek dalam kejadian di Jalan Tun Fuad, Kota Kinabalu pada Selasa. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
Tayar kereta ditembak selepas pemandu cuba rempuh polis
Suspek yang juga pemandu bersama dua rakannya dipercayai tiada dokumen pengenalan diri dan cuba mengelak daripada ditahan polis.