TANJUNG MALIM: Tayar pecah dipercayai menjadi punca nahas tiga buah lori di Kilometer 367.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, laluan Sungkai - Slim River, pagi ini, yang turut mengorbankan seorang pemandu.
Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Menurutnya, siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku apabila lori 10 tan dari Bukit Kayu Hitam hendak ke Selayang yang membawa muatan buah-buahan itu pecah tayarnya lalu terlanggar sebuah lagi lori.
“Kedua-dua lori hilang kawalan dan terbabas menyebabkan lori buah-buahan melintang di atas jalan menutup semua lorong manakala lori kedua terbabas masuk ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Hasni berkata, pada masa yang sama, lori ketiga yang dipandu Hoo tidak sempat mengelak lalu terlanggar kenderaan yang melintang di tengah jalan.
“Akibat kemalangan ini, mangsa ketiga tersepit dan mengalami kecederaan di bahagian kaki.
“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian setelah disahkan oleh pegawai perubatan,” ujarnya.
Menurutnya, mangsa kedua mengalami kecederaan patah kaki kiri manakala pemandu lori pertama yang melintang di lebuh raya, tidak mengalami kecederaan.
Beliau memberitahu, proses bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Slim River.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 17 2024

Nahas melibatkan tiga lori berlaku di KM367 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di laluan Sungkai - Slim River pagi ini, mengakibatkan seorang pemandu maut dan seorang lagi cedera. - Foto JBPM Perak

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.