SEBUAH pesawat Boeing 777 membawa lebih 200 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas salah satu tayarnya tercabut dan terjatuh di kawasan parkir Lapangan Terbang San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Berdasarkan rakaman tular di media sosial sejak Jumaat, tayar pesawat United Airlines itu tertanggal beberapa saat selepas berlepas dari lokasi kejadian.
Tayar tersebut kemudiannya melantun ke kawasan parkir sekali gus menyebabkan beberapa buah kereta milik pekerja lapangan terbang mengalami kerosakan.
Namun, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa serta kawasan parkir ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan.
Menurut kenyataan rasmi United Airlines, terdapat seramai 249 orang berada di dalam pesawat berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Osaka, Jepun.
“Kami berterima kasih kepada juruterbang dan pramugari kami atas profesionalisme mereka dalam menguruskan situasi ini.
"Kami juga berterima kasih kepada pasukan kami di lapangan terbang yang menunggu untuk memindahkan pesawat sejurus ia mendarat dan membantu penumpang semasa mendarat," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan sama, penerbangan itu dilencongkan ke Los Angeles dan mendarat dengan selamat, manakala penumpang dijangka meneruskan perjalanan pada hari yang sama.
Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan, pesawat Boeing 777 mempunyai enam roda dan ia direka khas untuk mendarat dengan selamat jika terdapat sesuatu yang hilang atau rosak.
Boeing ketika ini mendapat kecaman mengenai kualiti pesawatnya yang mana sebelum ini, pintu pesawat Boeing 787 Max telah tercabut ketika terbang.
Tiada sebarang kecederaan berlaku, namun operasi kesemua pesawat tersebut telah digantung selama 19 hari. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
Foto tular menunjukkan tayar tertanggal selepas pesawat berlepas. - Gambar/ Agensi
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Pesawat United Airlines elak perlanggaran di udara, dua penumpang cedera
Pesawat Boeing 757-200 "memperlahan penurunan untuk memberi laluan kepada pesawat lain yang berada pada altitud lebih rendah," menurut kenyataan United Airlines.
Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut
Penerbangan 507, United Airlines yang dikendalikan Boeing 777-200 dilencongkan ke Edmonton, Kanada kerana kecemasan perubatan penumpang.
Penerbangan United Airlines dilencongkan ke Washington selepas kecemasan "biobahaya"
Sebuah penerbangan United Airlines terpaksa dilencongkan selepas kejadian "biobahaya" di dalam pesawat menyebabkan anak kapal muntah dan penumpang meminta pelitup muka.
United Airlines siasat punca tayar tercabut semasa berlepas
United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tayar pesawat United Airlines tercabut
Tayar pesawat United Airlines itu tertanggal beberapa saat selepas berlepas dari lokasi kejadian.
Kerosakan sayap pesawat, Boeing 747 buat pendaratan cemas
Masalah teknikal dikesan pada sayap pesawat Boeing 757-200 namun butiran lanjut mengenai puncanya tidak dinyatakan.
Penumpang ditahan cuba tikam pramugari, buka pintu pesawat
Torres juga didakwa memukul leher seorang pramugari dengan sudu besi sebanyak tiga kali hingga patah.
Ribut salji landa AS, 4,400 penerbangan dibatalkan
Lebih 4,400 penerbangan dibatalkan dalam tempoh dua hari selepas ribut salji melanda Amerika Syarikat ketika lapangan terbang mula sibuk menjelang cuti Krismas.