SUBANG: Taylor’s University melancarkan program Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) (Kepujian) yang pertama di Malaysia, menandakan pencapaian baharu dalam pendidikan interdisiplin negara.


Ringkasan AI
  • Taylors University melancarkan program Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) pertama di Malaysia untuk melahirkan pemimpin berdaya saing.
  • Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.
  • Permohonan bagi pengambilan April dan September 2025 kini dibuka, dengan biasiswa penuh dan bursari eksklusif untuk kohort pertama.


Program ini dirangka untuk melahirkan pemimpin berdaya saing dengan kemahiran analitikal dan strategik, bersedia menghadapi cabaran global serta mendepani perubahan landskap industri.


Memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal

Menurut laporan Forum Ekonomi Dunia (2023-2027), separuh daripada syarikat global mengutamakan pemikiran kritis, kemahiran analitikal dan kepimpinan, namun ramai majikan masih mendapati graduan belum memenuhi keperluan ini.

Sehubungan itu, program PPE Taylor’s dirangka bagi menutup jurang tersebut dengan menggabungkan kecemerlangan akademik dan pengalaman dunia sebenar.


xxx

Pro Naib Canselor Penglibatan Luar Taylor’s University, Prof Dr Ong Kian Ming berkata program ini bukan sekadar pendidikan, tetapi persediaan holistik untuk melahirkan pemimpin masa depan dalam pelbagai sektor.

“Kami di Taylor’s University ingin menjadi universiti pertama di Malaysia yang memperkenalkan program PPE kerana kami percaya graduan daripada program ini boleh menjadi pemimpin masa depan dalam pelbagai bidang – sama ada di sektor korporat, perniagaan, badan pemikir, syarikat perunding, institusi kewangan, kerajaan, mahu pun politik.”

Jelasnya, pendekatan interdisiplin PPE bukan sahaja melengkapkan pelajar untuk pekerjaan sedia ada, malah membekalkan kemahiran yang relevan bagi menghadapi perubahan masa depan.

“Kemahiran ini tidak akan lapuk, malah boleh diperkukuh dengan penggunaan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI).

"Dalam dunia yang semakin tidak menentu, penting untuk melahirkan graduan yang memahami politik dan ekonomi domestik serta global,” tambahnya.


Jaringan industri perkasa pembelajaran

Keunikan program PPE Taylor’s terletak pada Panel Penasihat Industri (IAP) yang diketuai sendiri oleh Prof Dr Ong Kian Ming.

Panel ini turut dianggotai tokoh berpengaruh seperti Khairy Jamaluddin, Tony Pua, Prof Farish Noor, Dr Tricia Yeoh, Dr Lee Hwok-Aun, dan Shahril Hamdan yang antara lain akan membimbing pelajar menerusi kerjasama penyelidikan, ceramah jemputan, serta penglibatan industri eksklusif untuk menghubungkan teori dengan aplikasi praktikal.

Pengarah Program PPE, Dr Deboshree Ghosh, menegaskan bahawa kerjasama erat dengan industri adalah kelebihan utama program ini.

“Hubungan dengan industri adalah kekuatan utama kami. IAP memastikan graduan PPE mendapat pendedahan langsung daripada pemikir utama dalam bidang politik, ekonomi dan tadbir urus.

"Ini membantu mereka membina kemahiran membuat keputusan strategik serta menyelesaikan masalah kritikal dalam pelbagai industri,” ujarnya.

Prof Dr Ong Kian Ming menambah, pengalaman beliau dalam kerajaan dan sektor swasta membolehkannya menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik kepada pelajar PPE.

“Semasa mereka belajar dalam bilik kuliah, kami juga memberikan peluang untuk berinteraksi dengan dunia luar melalui ahli panel industri serta acara khas.

"Penglibatan ini boleh membawa kepada penyelidikan yang lebih mendalam, latihan industri dan pembangunan rangkaian profesional yang memberi manfaat jangka panjang,” jelasnya.


Permintaan tinggi untuk graduan PPE

Majlis pelancaran program di Taylor’s Lakeside Campus turut menampilkan forum eksklusif yang dikendalikan oleh Prof Dr Ong Kian Ming.

Forum ini dihadiri ahli-ahli IAP iaitu bekas Menteri Kesihatan dan hos bersama "Keluar Sekejap" Khairy Jamaluddin; pengasas dan pengarah urusan Watchtower Advisory dan hos bersama "Keluar Sekejap" Shahril Hamdan; Prof Madya bagi Amalan di Nottingham University, Malaysia dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Dr Tricia Yeoh; dan Prof Madya Ekonomi dan Timbalan Dekan Penyelidikan, Pusat Pengajian Perniagaan Asia Dr Melati Nungsari.


xxx

Perbincangan menumpukan kepada peranan pendidikan PPE dalam mengatasi jurang kemahiran dalam dasar awam, tadbir urus, ekonomi dan perniagaan, serta keupayaan graduan untuk memimpin di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ahli Panel Penasihat Industri dan cendekiawan, Prof Farish Noor, turut menekankan kepentingan program ini dalam membentuk pemikir yang tajam dan kritis.

“Saya berharap program ini dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja memahami isu dan cabaran semasa, tetapi juga mampu menganalisis politik global dengan mendalam serta kepekaan terhadap dunia yang semakin kompleks.

"Analisis menyeluruh hanya boleh dicapai melalui pendekatan pelbagai disiplin seperti yang diterapkan dalam PPE,” katanya.


Biasiswa dan pendaftaran dibuka

Taylor’s University kini membuka permohonan bagi pengambilan April dan September 2025, dengan biasiswa penuh bagi yuran tuisyen serta bursari eksklusif sebanyak 10% untuk kohort pertama pengambilan April.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://bit.ly/TaylorsPhilosophyPoliticsEconomics.