PENYANYI dan penulis lagu terkenal Taylor Swift berdepan masalah besar apabila dilarang menyanyi secara langsung di anugerah berprestij American Music Awards (AMA) pada 25 November depan.
Berita buruk itu diluahkan penyanyi berusia 29 tahun itu kepada peminatnya, Swifties, di laman Twitter.
Difahamkan, Swift merancang untuk membawakan medley lagu-lagu hit sepanjang kariernya pada malam bersejarah itu selepas dia dijangka menerima anugerah Artis Sepanjang Dekad tahun ini.
BACA: Anugerah AMA: Taylor Swift dinobat Artis Sepanjang Dekad?
Menerusi tweet berkenaan, Swift meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan bekas eksekutif syarikat rakamannya terdahulu, Scott Borchetta dan Scooter Braun, di atas pertikaian membabitkan pemilikan lagunya.
Swift juga turut menggambarkan tindakan bekas eksekutif syarikat rakamannya itu sebagai satu kawalan yang tidak berperikemanusiaan ke atas lagu-lagunya.
Lebih menyedihkan, Swift juga mendedahkan, Borchetta dan Braun turut menyekat penggunaan lagu-lagu hits miliknya dalam rakaman persembahan konsertnya bagi sebuah dokumentari khas mengenai perjalanan hidupnya sepanjang berada di dalam industri muzik di sebuah laman penstriman atas talian.
Tambahnya, kedua-dua eksekutif berkenaan turut memberi amaran kepadanya supaya menjadi 'gadis yang baik' dan berdiam diri tentang perkara itu atau dia akan dihukum.
Braun, yang juga mewakili Justin Bieber dan Ariana Grande tahun ini, memiliki syarikat rakaman Big Machine Label Group yang diasaskan Borchetta.
Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu "Shake It Off" itu menyertai Big Machine ketika berusia 15 tahun dan kemudiannya meninggalkan syarikat itu November lalu untuk bersama Universal Music Group (UMG).
Swift melancarkan album pertama bersama UMG Ogos lalu.
Dalam kenyataannya juga, Swift meluahkan rasa bingung dengan pemilikan rakaman visual persembahannya di pentas-pentas anugerah, dokumentari dan rancangan televisyen terdahulu yang kini menjadi tanda tanya.
Faris Danial Razi
Sat Nov 16 2019
![Taylor Swift tidak dibenar nyanyi lagu lama di pentas AMA Taylor Swift tidak dibenar nyanyi lagu lama di pentas AMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573865359_TBTaylorSwift.jpg)
Swift meluahkan rasa bingung dengan pemilikan rakaman visual persembahannya di pentas-pentas anugerah, dokumentari dan rancangan televisyen terdahulu yang kini menjadi tanda tanya. Instagram taylorswift
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Taylor Swift tidak dibenar nyanyi lagu lama di pentas AMA Taylor Swift tidak dibenar nyanyi lagu lama di pentas AMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573865359_TBTaylorSwift.jpg)
Taylor Swift tidak dibenar nyanyi lagu lama di pentas AMA
Difahamkan, Swift merancang untuk membawakan medley lagu-lagu hit sepanjang karier beliau pada malam bersejarah itu selepas beliau dijangka bakal menerima anugerah Artis Sepanjang Dekad tahun ini.
![Anugerah AMA: Taylor Swift dinobat Artis Sepanjang Dekad? Anugerah AMA: Taylor Swift dinobat Artis Sepanjang Dekad?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523527414_TaylorSwift.jpg)
Anugerah AMA: Taylor Swift dinobat Artis Sepanjang Dekad?
Sebelum ini, Swift pernah memenangi empat trofi anugerah artis sepanjang tahun, selain dicalonkan bagi kategori sama pada tahun ini.
![FAMA optimis capai sasaran 1,000 pasar tani menjelang 2020 FAMA optimis capai sasaran 1,000 pasar tani menjelang 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448609667_FAMA.jpg)
FAMA optimis capai sasaran 1,000 pasar tani menjelang 2020
Sebanyak 664 pasar tani beroperasi di seluruh negara ketika ini, melibatkan 28,574 peserta, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin.
![AMA 2015 : Taylor Swift raih 3 anugerah AMA 2015 : Taylor Swift raih 3 anugerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448266403_OneDirection.jpg)
AMA 2015 : Taylor Swift raih 3 anugerah
Majlis penyampaian anugerah berprestij American Music Awards berlangsung pagi tadi (waktu Malaysia) di Microsoft Theatre di Los Angeles.