Berbaki lebih kurang dua minggu lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri, orang ramai sudah mula meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tinjauan Sinar Harian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan di sini semalam mendapati suasana terminal tersebut mulai sesak bagaimanapun masih terkawal dan urusan pembelian tiket berjalan lancar.
Kesempatan cuti sekolah pertengahan tahun selama 16 hari dan cuti semester institusi pengajian tinggi (IPT) dua minggu dimanfaatkan orang ramai sebaik mungkin untuk pulang ke kampung halaman lebih awal bagi berpuasa dan menyambut persiapan hari raya bersama keluarga.
Siti Hahwani Sapri, 37 tahun, dari Bandar Tun Razak Pahang bersama tiga anaknya memanfaatkan cuti sekolah yang panjang kali ini untuk pulang awal ke kampung di Beruas, Perak.
“Saya bawa anak-anak pulang lebih awal untuk berjumpa datuk dan nenek mereka kerana sekarang ini cuti sekolah, dapatlah meluangkan masa lebih lama di sana. Tiket bas ini saya beli dah lama menerusi penjualan atas talian sebab takut habis,”
“Kami dari Bandar Tun Razak sampai di TBS awal tengahari tadi (semalam). Sekarang ini sedang tunggu untuk bas seterusnya menuju Beruas yang dijangka 6.30 petang ini (semalam)," katanya yang teruja untuk pulang kampung.
Anuar Ismail, 21 tahun, yang merupakan siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, cuti semester dua minggu kali lebih menyenangkan perjalanannya untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka kerana tidak sesak seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Saya lega kali ini cuti semester sebelum raya jadi kami tidak kelam-kabut. Lepas saja selesai peperiksaan terus balik kampung,” katanya.
Sementara itu, tinjauan rambang di kaunter-kaunter tiket mendapati tiket ke Pantai Timur terutamanya ke Kelantan paling laris. Malah, jadual perjalanan awal Jun juga dikatakan sangat terhad.
Bagaimanapun, petugas di kaunter tiket memberitahu, perjalanan ke utara tanah air masih banyak dan boleh dibeli sama ada di kaunter mahupun atas talian.
Daripada aspek keselamatan pula, polis bantuan di TBS memaklumkan, ia dikawal rapi dan kesesakan yang dijangka lebih kritikal minggu depan akan ditangani dengan baik.
Berdasarkan pemerhatian, TBS menyediakan puluhan kaunter tiket dan juga beberapa mesin tiket layan diri bagi memudahkan orang ramai dan langkah berkesan untuk mengurangkan kesesakan terutamanya menjelang hari raya.
Sinar Harian
Sun May 26 2019

Suasana terminal tersebut mulai sesak bagaimanapun masih terkawal dan urusan pembelian tiket berjalan lancar. - Foto BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

TBS sesak, orang ramai mula balik kampung
Orang ramai sudah mula meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Zahir dikatakan dilihat di Bandar Tasik Selatan - Ibu
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, kanak-kanak lapan tahun yang dilapor hilang Isnin lepas, setelah keluar dari rumahnya di Bandar Seri Putra, Bangi, didakwa dilihat di Bandar Tasik Selatan.

209 PATI ditahan dalam Ops Ikrar di Bandar Tasik Selatan
Kedua-dua serbuan ini dilakukan hasil maklumat awam dan risikan dilakukan pasukan Imigresen.

Warga kota mula banjiri terminal bas beli tiket raya
Golongan muda terutamanya pelajar universiti dan kolej dilihat sebagai majoriti pembeli yang memenuhi ruangan kaunter pembelian tiket.

ERL: Lelaki maut digilis adalah penceroboh, bukan penumpang
Lelaki yang dijumpai mati dekat Stesen Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) Bandar Tasik Selatan pagisemalam ialah seorang penceroboh dan bukan penumpang.