KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima beberapa kepimpinan tertinggi baharu bermula esok termasuk Panglima Tentera Darat (PTD), Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) dan Panglima Medan Barat, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Beliau berkata TPTD Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan akan mengambil alih jawatan sebagai PTD yang ke-30.
Menurutnya, Panglima Medan Barat Lt Jen Datuk Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim pula akan mengambil alih jawatan sebagai TPTD yang baharu.
"Selain beliau, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Panglima 2 Divisyen) Mej Jen Datuk Muhammad Huzaimi Sabri akan dinaikkan pangkat Lt Jen dan dilantik sebagai Panglima Medan Barat yang baharu.
"Bermula esok akan berlaku perubahan ke atas kepimpinan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bahawa saya akan serahkan tampuk pemerintahan tentera darat kepada TPTD yang akan dinaikkan pangkat sebagai Jen dan dilantik sebagai PTD yang ke-30," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat ke-29 di Dataran PTD Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengamal media yang menjadi ejen penghubung terus kepada masyarakat dalam memberikan dan menghebahkan maklumat berkaitan tugas peranan dan tanggungjawab amnya tentera darat," katanya.
Istiadat Perbarisan itu terdiri daripada 12 Detasmen berkekuatan seramai 46 pegawai dan 1,110 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Lt Kolonel Mohd Azroi Ariffin Shah - Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Perbarisan itu melibatkan tujuh Panji-Panji Rejimen dan Kor di dalam Tentera Darat Malaysia iaitu Panji- Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Rejimen Semboyan Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Rejimen Artileri Diraja dan Kor Perkhidmatan Diraja sebagai penghargaan dan penghormatan kepada Mohammad.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika berucap pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. - Foto Bernama

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.

TDM sahkan kehilangan dua anggota ketika operasi di Banding, Perak
Tentera Darat Malaysia mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak pada 30 Nov lepas.

TDM sedia gerakkan tambahan anggota jika banjir semakin buruk
Tentera Darat Malaysia bersedia menambah kekuatan pegawai dan anggota dalam operasi menyelamat sekiranya bencana banjir di beberapa negeri bertambah buruk.

Tentera Darat tumpas aktiviti seludup lembu di Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) menumpaskan aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu bernilai RM60,000 yang dibawa masuk merentasi Sungai Golok berdekatan sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Prebet Muhammad Syafiq hilang di hutan sejak 18 Jun ditemui selamat
Prebet Muhammad Syafiq yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika bertugas di Limbang, Sarawak sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat.

Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.

TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan
Tentera Darat Malaysia akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran.

TDM akan ambil tindakan jika kontraktor masih gagal hantar Black Hawk
Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Tentera Darat dijangka terima helikopter Black Hawk April ini
Penghantaran peringkat pertama sebuah daripada empat helikopter Sikorsky UH-60A Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.