PORT DICKSON: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter berkenaan.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata TDM amat memerlukan keupayaan aset itu bagi melancarkan tugas operasi serta latihan anggota namun pihak kontraktor masih gagal memenuhi janji yang telah dimeterai.
"TDM amat memerlukan keupayaan Black Hawk dan kontrak perolehan atau sewaan aset ini akan banyak membantu kita dalam tugas operasi dan latihan namun sehingga kini mereka masih gagal (penghantaran aset).
"Sekiranya pada Mei ini mereka masih gagal memenuhi obligasi ini maka TDM mengambil tindakan tegas iaitu mengusulkan kepada kementerian supaya kontrak sewaan Black Hawk ini dibatalkan, jadi kita boleh ambil langkah seterusnya ia keperluan mendesak dan kami tegas dengan keputusan kami," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 199/2023 melibatkan 1,498 anggota di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.
Pada 16 April lepas, Muhammad Hafizuddeain dilapor berkata TDM akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk yang sepatutnya pada hujung bulan lepas.
Beliau amat berharap kontraktor berkenaan dapat membuat penghantaran peringkat pertama melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat itu.
Mengulas mengenai program hari ini, Muhammad Hafizuddeain berkata TDM memerlukan lebih ramai calon perajurit muda yang mempunyai kemahiran teknikal dan teknologi bagi memperkukuh kekuatan pasukan tentera.
"Sekarang kita sudah menuju ke era teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI), kita memerlukan perajurit muda yang berkemahiran atau berpengetahuan teknikal berkaitan peralatan digunakan.
"Namun ada juga kerisauan dalam siri pemilihan, terdapat calon terpaksa ditolak kerana didapati mereka gagal memenuhi syarat asas iaitu dari segi akademik dan saringan kesihatan," katanya.
Dalam ucapannya beliau berkata profesion tentera memerlukan kemantapan rohani, mental serta sikap kepatuhan berintegriti kepada disiplin dan peraturan.
"TDM tidak sesekali berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan pegawai mahupun anggotanya yang ingkar. Sesungguhnya perkhidmatan disanjung tinggi oleh masyarakat ini perlu terus lestari terpelihara dan dijaga dengan sebaiknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Keseluruhan Terbaik Lelaki kepada Ranfinddy Mail pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 199/23 di Pusasda, hari ini. - Foto Bernama

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.

TDM sahkan kehilangan dua anggota ketika operasi di Banding, Perak
Tentera Darat Malaysia mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak pada 30 Nov lepas.

TDM sedia gerakkan tambahan anggota jika banjir semakin buruk
Tentera Darat Malaysia bersedia menambah kekuatan pegawai dan anggota dalam operasi menyelamat sekiranya bencana banjir di beberapa negeri bertambah buruk.

Tentera Darat tumpas aktiviti seludup lembu di Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) menumpaskan aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu bernilai RM60,000 yang dibawa masuk merentasi Sungai Golok berdekatan sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Prebet Muhammad Syafiq hilang di hutan sejak 18 Jun ditemui selamat
Prebet Muhammad Syafiq yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika bertugas di Limbang, Sarawak sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat.

Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.

TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan
Tentera Darat Malaysia akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran.

TDM akan ambil tindakan jika kontraktor masih gagal hantar Black Hawk
Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Tentera Darat dijangka terima helikopter Black Hawk April ini
Penghantaran peringkat pertama sebuah daripada empat helikopter Sikorsky UH-60A Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.