KOTA KINABALU: Tentera Darat (TDM) berharap projek pembinaan kem di Felda Sahabat, Lahad Datu akan diselesaikan secepat mungkin dalam usaha mengukuhkan tahap keselamatan negara terutamanya di pantai timur Sabah.
Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata projek itu masih dalam peringkat awal dan selain meningkatkan tahap keupayaan serta kesiapsiagaan menangani ancaman semasa, kem itu juga akan menempatkan anggota TDM yang kini terpaksa menyewa di luar kawasan kem.
"Kita berharap (pembinaan kem) diselesaikan dengan secepat mungkin dalam tempoh pelaksanaannya dan ia sebenarnya dapat mengatasi masalah penempatan sementara yang dihadapi Markas 13 Briged sejak penubuhannya.
"Dengan siapnya kem itu nanti akan dapat menempatkan Markas 13 Briged dan unit-unit organik dan penempatan rumah keluarga bagi anggota yang berkhidmat di briged, termasuk pasukan-pasukan di bawah naungan unit berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Terbuka Tentera Darat dan Sambutan Hari Krismas di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi di sini.
Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Brig Jen Datuk Al-Hambra Tun Juhar yang juga Komander Regimen 507 Askar Wataniah.
Pada 10 Feb lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan sebuah kem TDM akan dibina di Felda Sahabat dengan kos RM646.15 juta.
Sementara itu, Muhammad Hafizuddeain berkata lawatan sulung beliau ke Sabah bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat dan berbincang secara mendalam perkara berkaitan tadbir dan logistik serta operasi TDM, antaranya pelaksanaan projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Kem Lok Kawi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023

Muhammad Hafizuddeain berkata projek itu masih dalam peringkat awal dan kem itu juga akan menempatkan anggota TDM yang kini terpaksa menyewa di luar kawasan kem. - Gambar Markas Tentera Darat
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Anggota TDM terlanggar penunggang motosikal ketika pendaratan payung terjun
Menerusi kenyataan Markas Tentera Darat pada Isnin, perubahan arah angin sebelum pendaratan atau final approach menyebabkan anggota terbabas dari zon pendaratan ditetapkan.

PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.

67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.

TDM sahkan anggota 9 Briged maut terkena tembakan
Seorang anggota tentera yang maut setelah terkena tembakan yang tidak pasti di daerah Song awal hari ini adalah daripada formasi 9 Briged di Sibu.

Eksesais Tiger Strike 2024: Orang ramai di Seberang Takir, Setiu tidak perlu panik
Latihan akan melibatkan banyak pergerakan kenderaan dan aset tentera, bunyi letupan dan penerbangan pesawat tentera.

Pegawai kanan tentera guna kekerasan: Kertas siasatan diserah ke pejabat Peguam Negara
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

TDM harap pembinaan kem di Lahad Datu diselesaikan segera - Panglima
Baginda berkata projek itu masih dalam peringkat awal dan meningkatkan tahap keupayaan serta kesiapsiagaan menangani ancaman semasa.

Tender perolehan meriam SPH belum ditawarkan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, proses perbincangan aset perolehan melibatkan peruntukan RM854 juta itu masih berjalan antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Kuasa menahan dan menangkap akan perkukuhkan tugas TDM
Tentera Darat Malaysia berharap mendapat hak kuasa memeriksa,menahan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh sempadan daratan negara.

TDM pantau warga bermasalah elak jejas penugasan - PTD
Nasihat dan sesi bimbingan kaunseling juga dijalankan bagi memastikan pegawai dan anggota TDM sentiasa berada dalam keadaan baik sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohaniah.