KUALA LUMPUR: Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 akan dipertimbangkan untuk diserap semula jika dia bersedia menerima suntikan vaksin itu, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Beliau berkata namun, keputusan memberhentikan anggota berkenaan masih kekal setakat ini.
Zamrose berkata anggota tentera berkenaan sebelum ini telah menjalani empat sesi kaunseling selepas dia enggan menerima suntikan vaksin dan keputusannya masih sama iaitu tidak mahu menerima suntikan vaksin.
"TDM akan pertimbangkan (serap semula bertugas) jika dia mahu menerima suntikan vaksin dan saya yakin pegawai pemerintah mengambil tindakan sewajarnya.
"Segala apa yang patut anggota itu dapat kita akan serahkan," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kempen Tabung Pahlawan 2020 (Matching Grant) kepada 83 persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.
BACA: Anggota tentera enggan ambil vaksin dipecat, ini jawapan Tentera Darat Malaysia
Zamrose berkata TDM mempunyai 86,000 anggota dan tidak mahu sebarang implikasi berlaku terhadap anggota lain yang bekerja dalam pasukan.
"TDM merasakan dia tidak sesuai dengan tentera darat kerana TDM bekerja dalam kumpulan dan TDM tidak mahu sebarang implikasi kepada anggota lain kerana dia seorang sahaja yang tidak mahu menerima vaksin," katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang tentera berpangkat Sarjan dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 dan menyebabkan dia kehilangan kelayakan untuk menerima skim pencen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain bercakap pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Dana Kempen Tabung Pahlawan 2020 (Matching Grand) di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini. - BERNAMA
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
TDM sahkan anggota 9 Briged maut terkena tembakan
Seorang anggota tentera yang maut setelah terkena tembakan yang tidak pasti di daerah Song awal hari ini adalah daripada formasi 9 Briged di Sibu.
Eksesais Tiger Strike 2024: Orang ramai di Seberang Takir, Setiu tidak perlu panik
Latihan akan melibatkan banyak pergerakan kenderaan dan aset tentera, bunyi letupan dan penerbangan pesawat tentera.
Pegawai kanan tentera guna kekerasan: Kertas siasatan diserah ke pejabat Peguam Negara
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
TDM harap pembinaan kem di Lahad Datu diselesaikan segera - Panglima
Baginda berkata projek itu masih dalam peringkat awal dan meningkatkan tahap keupayaan serta kesiapsiagaan menangani ancaman semasa.
Tender perolehan meriam SPH belum ditawarkan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, proses perbincangan aset perolehan melibatkan peruntukan RM854 juta itu masih berjalan antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Kuasa menahan dan menangkap akan perkukuhkan tugas TDM
Tentera Darat Malaysia berharap mendapat hak kuasa memeriksa,menahan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh sempadan daratan negara.
TDM pantau warga bermasalah elak jejas penugasan - PTD
Nasihat dan sesi bimbingan kaunseling juga dijalankan bagi memastikan pegawai dan anggota TDM sentiasa berada dalam keadaan baik sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohaniah.
TDM pertimbang serap kembali anggota yang dipecat jika terima vaksin
Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 akan dipertimbangkan untuk diserap semula jika dia bersedia menerima suntikan vaksin itu, kata Panglima Tentera Darat J
26,500 anggota TDM penerima awal vaksin COVID-19 fasa pertama
Pemberian vaksin itu akan diutamakan kepada anggota yang bertugas di kawasan zon merah COVID-19.
LKAN 2019: Penempatan semula markas/unit TUDM dan TDM dari PUKL lewat tiga tahun
Proses pemindahan Markas /Unit TUDM dan TDM dari PUKL enam lokasi baharu menelan belanja RM2.166 bilion, namun lewat tiga tahun.