KUALA LUMPUR: Loob Holding, pemilik jenama teh gaya hidup serantau Tealive, berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran bebola mutiara berasaskan ubi kayu sehingga 300 tan sebulan, bagi memastikan bekalan bahan minuman Tealive itu mencukupi sepenuhnya menjelang bulan hadapan.
Syarikat itu baru-baru ini membina sebuah kilang boba bagi penghasilan mutiara ubi kayu bernilai RM10 juta di Malaysia.
Pengasas dan Ketua Eksekutif Loob, Bryan Loo berkata, kilang tersebut akan memperluaskan variasi pengeluarannya tahun depan untuk menghasilkan bahan-bahan Tealive yang lain.
"Kapasiti pengeluaran kilang kami adalah sebanyak 400 tan sebulan. Saat ini, kami hanya menghasilkan kira-kira 100 tan sebulan.
"Namun pada akhir tahun, kami berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran menjadi tiga kali ganda, iaitu 300 tan sebulan yang mencukupi untuk digunakan secara dalaman," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Loo berkata, kilang itu akan segera memperluaskan variasi pengeluarannya kepada bahan-bahan lain yang diperlukan bagi penyediaan rangkaian minuman Tealive yang popular.
Katanya, rakan kongsi Loob, Zhejiang Boduo International Trade Co Ltd dan Shanghai Panfei International Trade Co Ltd adalah antara pengeluar bahan minuman terbesar di dunia.
Dengan visi yang kukuh dan komitmen terhadap kecemerlangan, transformasi dan inovasi dalam industri minuman di Malaysia dan di seluruh dunia, Loo bertekad untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan rakan kongsi dari China itu.
"Loob yakin bahawa pelaburan semula di peringkat tempatan dapat membantu mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan dalam industri makanan dan minuman.
"Dengan sokongan rakan kongsi kami di China, kami telah membawa pelabur asing ke Malaysia untuk membantu memajukan industri ini.
"Kami mencapai kejayaan yang besar di sini dan kami yakin bahawa kerjasama kami akan menjadi lebih erat di masa depan.
"Dengan kepakaran, teknologi dan jangkauan pasaran mereka, serta warisan halal kami yang kukuh, kami yakin dapat bekerjasama untuk meneroka lebih banyak pasaran, terutamanya dalam penghasilan bahan halal," katanya.
Kilang Loob juga akan mula mengeksport mutiara ubi kayu mereka pada tahun depan, dengan memasuki pasaran Filipina terlebih dahulu, yang mana pasaran Tealive telah kukuh, katanya.
Tambahnya, pihaknya akan meneruskan pelaburan selanjutnya, seperti pemasangan teknologi pembungkusan automatik sepenuhnya pada tahun depan. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 01 2023
Wakil media diberi taklimat berkenaan bahagian pengeluaran mutiara ubi kayu di kilang boba Tealive di Klang baru-baru ini. - Foto DagangNews
AS mulakan 'langkah luar biasa' elak kegagalan bayar hutang pada 21 Jan - Setiausaha Perbendaharaan
Jabatan Perbendaharaan AS akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Jan bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya.
Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah
Pelancongan pascapandemik di ASEAN bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemulihan, tetapi juga peralihan kepada model perniagaan yang mampan dan dipacu kualiti.
Pengerusi IKIM terima anugerah tertinggi daripada Persatuan Mualaf Singapura
Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty telah dianugerahkan penghormatan tertinggi oleh Persatuan Mualaf Singapura (MCAS).
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995
Jumlah sebenar kematian berkaitan bencana dipercayai lebih tinggi daripada yang didaftarkan, kerana keluarga perlu memohon untuk mendapat penetapan itu.
Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Seni batik dan ukiran kayu: Usaha kreatif pupuk perpaduan ASEAN
Seni lukisan batik sering dilihat sebagai ekspresi rasa cinta kepada alam semula jadi, dan usaha kreatif ini seiring dengan semangat ASEAN.
Roda 2 didik pelajar IPT keselamatan jalan raya, elak terlibat rempit
Penganjuran program Advokasi Keselamatan Jalan Raya (Roda 2) mampu mendidik pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di Perlis mengenai keselamatan jalan raya.
Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.
Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.
Tealive sasar tingkatkan pengeluaran mutiara ubi kayu hingga 300 tan sebulan
Kilang boba bernilai RM10 juta yang dibina baru-baru ini akan memperluaskan variasi pengeluarannya tahun depan.