KUALA LUMPUR: Tekanan darah Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perut bekas Perdana Menteri itu.
Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi dalam satu kenyataan berkata, ujian kolonoskopi yang dijalani oleh Ahli Parlimen Pekan itu pada Sabtu lalu mendapati doktor menemui beberapa ulser baharu di dalam perutnya.
Susulan keadaan tersebut, Najib yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang memohon untuk untuk pemerhatian di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Permohonan itu, bagaimanapun, ditolak oleh pegawai perubatan yang merawatnya.
"Semalam, doktor di HKL membuat biopsi yang menyebabkan pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.
"Beliau memohon untuk pemerhatian di HKL tetapi telah dinafikan. Doktor melepaskan (discaj) Najib, menukar ubat-ubatannya daripada ubat biasa yang dimakannya selama bertahun-tahun, dan menghantarnya pulang ke Kajang.
"Pagi ini, pemeriksaan oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah Najib adalah berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan.
"Ini menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) pagi ini bahawa keadaan kesihatan Najib teruk dan perlu dihantar ke hospital," kata Muhamad Mukhlis
Jelas Muhamad Mukhlis, keadaan kesihatan yang dialami Najib adalah masalah yang berulang sejak lebih 15 tahun lalu.
Katanya, pada 2010, Najib telah dimasukkan ke hospital beberapa hari kerana masalah kesihatan tersebut dan ia diketahui umum.
"Tahun lepas, beliau juga berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital swasta kira-kira seminggu, di mana beliau telah menjalani lima kali pemindahan darah bagi menggantikan darah yang hilang akibat pendarahan dalaman," tambahnya.
Sehubungan itu, Muhamad Mukhlis berkata, atas dasar kemanusiaan, keluarga Najib merayu kepada pihak penjara, hospital dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan tindakan yang betul, dan membenarkan Najib diberi rawatan serta pemerhatian perubatan yang sewajarnya.
Media melaporkan, Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dirujuk ke Hospital Kajang jam 2 petang ini kerana mengalami masalah kesihatan.
Bekas Perdana Menteri itu akan dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk.
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hasimi Muhamad
Mon Sep 12 2022

Tekanan darah Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perut bekas Perdana Menteri itu. - Gambar fail

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.

Najib tidak pernah minta dibebaskan - Ismail Sabri
Najib hanya mahu perbicaraan adil diberikan kepadanya, dedah Ismail Sabri.

Setahun Najib di penjara: 'Saya akan terus berjuang dapatkan keadilan' - Nooryana Najwa
Sebelum ini media melaporkan Nooryana menegaskan, perjuangan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil terhadap Najib akan diteruskan.

Keputusan semakan Najib dalam kes SRC diketahui selewat-lewatnya pada 31 Mac
Najib memohon untuk membatalkan keputusan panel lima hakim yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya.

Permohonan Najib bagi semakan sabit kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan bekas Perdana Menteri itu.

Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula
UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.

Najib boleh jadi calon PRU15? "We don't treat joke" - Hamzah
Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Tiada masalah untuk Najib guna ubat sendiri di penjara - Khairy
Najib dibenarkan bawa bekalan ubat yang diperoleh daripada hospital swasta jika enggan makan ubat yang dibekalkan KKM.

Najib mungkin dirujuk ke IJN kerana tekanan darah tidak menentu - Peguam
Bekas Perdana Menteri itu akan menjalani beberapa ujian kesihatan dan keputusan akan diketahui beberapa hari lagi.

Najib sihat ketika discaj, ubat sama diberikan - Dr Noor Hisham
Pemeriksaan dan ujian berkaitan juga telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah ke atas Najib.