KUALA LUMPUR: Teknologi 5G seliaan Digital Nasional Berhad (DNB) antara perkara yang menjadi tumpuan ketika sesi penggulungan melibatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Dewan Rakyat pada Rabu.
Antara yang membangkitkan isu tersebut ialah Khalid Samad (PH - Shah Alam) yang mempertikaikan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk menyediakan teknologi tersebut.
Beliau mempersoalkan mengapa pembangunan teknologi tersebut tidak diserahkan kepada pihak swasta sekali gus mengelak kerajaan mengeluarkan wang yang banyak untuk membangunkannya.
“Hanya persoalannya pendekatan yang kerajaan pilih merupakan satu pendekatan di mana perbelanjaan ditanggung kerajaan dan kerugian ditanggung kerajaan sedangkan pendekatan penswastaan akan kurangkan risiko dari sudut itu.
“Sebab itu saya tak faham kenapa pilih pendekatan yang mendedahkan kerajaan kepada kerugian yang begitu besar dalam keadaan negara mempunyai hutang yang banyak,” katanya.
Annuar kemudian menjawab, menyatakan model digunakan DNB tidak menggunakan dana kerajaan dan tiada sebarang jaminan diberikan.
“Ini akan diterangkan kepada Yang Berhormat apabila pertemuan dengan backbenchers nanti. Tidak ada sebarang jaminan diberikan dan tidak menggunakan dana secara langsung daripada kerajaan.
“Saya harap akan dapat diberi penjelasan lebih terperinci. Kita buat kajian yang cukup mendalam termasuk model di Mexico di mana kegagalan syarikat di sana.
“Kajian itu dalam pelbagai sudut termasuk rangkaian, pelanggan dan ia sangat berbeza dengan model dipakai DNB,” ujarnya.
Tambah beliau, setakat ini kos untuk projek tersebut berjumlah RM16.5 bilion dengan RM11 bilion berasaskan tender dimenangi Ericson dan selebihnya adalah kos-kos lain yang terlibat.
“Saya minta DNB buat pertemuan dengan Yang Berhormat agar dapat memperincikan kos tersebut kerana perkara itu sering diperdebatkan,” katanya.
BACA: Teknologi 5G: Kerajaan akan pantau harga perkhidmatan, rakyat tidak akan terbeban - Annuar
Ridauddin Daud
Wed Nov 17 2021

Annuar menyatakan model digunakan DNB tidak menggunakan dana kerajaan dan tiada sebarang jaminan diberikan. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK - Tengku Zafrul
Sasaran kewujudan 3,000 kilang pintar dipacu teknologi 5G menjelang 2030 dijangka menyumbang RM36.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Malaysia layak berada pada kedudukan teratas skor ketekalan 5G - Presiden Ookla
Malaysia memperoleh skor 97.27 peratus diikuti Utara Macedonia pada 94.06 peratus dan Emiriah Arab Bersatu pada 93.88 peratus.

MWC2024 dimanfaat dalam usaha pertingkat kadar penerima gunaan 5G negara - Fahmi
MWC2024 akan digunakan sebagai platform bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan lagi kadar penerima penggunaan teknologi 5G dalam kalangan rakyat, terutama dari sektor PMKS.

Rakan dialog ASEAN berminat sokong pelancaran 5G Malaysia
Ramai rakan dialog ASEAN berminat untuk menyokong pelancaran teknologi 5G di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.

Annuar Musa perbaharui kerjasama telekomunikasi Malaysia-Indonesia
Skop kerjasama yang bakal diperluas termasuk teknologi 5G, perkhidmatan satelit, kabel dasar laut, keselamatan siber, ekonomi digital dan pembangunan kandungan.

Tiada apa disembunyikan dalam tender teknologi 5G - Annuar Musa
Proses tender tersebut dibuat secara terbuka bermula April lepas dan penilaian dibuat kepada 14 buah syarikat pembekal rangkaian internet.

Kerajaan sasar harga 5G lebih murah daripada 4G - Annuar Musa
Kalau dibuat lelongan atau pendekatan borong spektrum, harga yang dibayar itu akan disalurkan kepada pengguna, kata Annuar.

'Berdebat isu 5G, tapi banyak kawasan hanya ada 3G, 4G sangkut' - Syed Saddiq
Beliau cadang kerajaan memberi tekanan kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan rangkaian internet diperluas dan diperhebat.

Teknologi 5G: DNB tidak guna dana kerajaan - Annuar
Setakat ini kos untuk projek tersebut berjumlah RM16.5 bilion dengan RM11 bilion berasaskan tender dimenangi Ericson dan selebihnya adalah kos-kos lain yang terlibat.