Kualiti air Sungai Pinang di sini, yang sebelum ini tercemar teruk, dirawat menggunakan teknologi hijau sejak dua tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Infinite Acquistion Sdn Bhd Khalil Hasan.
Beliau berkata syarikatnya yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor itu ditawarkan kontrak tiga tahun oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan projek pemulihan sungai berkenaan.
Teknologi hijau yang dikenali sebagai iQPR itu dilaksana sejak 2014 untuk merawat dan meningkatkan kualiti air Sungai Pinang daripada kelas IV (sangat kotor) hingga kelas III dan II (bersih).
Beliau berkata sebelum pelaksanaan teknologi itu, keadaan Sungai Pinang sangat kotor dengan keadaan airnya hitam pekat, berbau busuk dan menyebabkan gatal apabila terkena pada kulit.
"Selepas beberapa bulan teknologi itu digunakan, keadaan Sungai Pinang lebih baik berbanding sebelumnya, airnya sedikit jernih malah sekarang terdapat banyak ikan berbanding dulu.
"Teknologi ini bukannya sebuah alat tetapi pendekatan menggunakan air mineral yang diprogramkan untuk membentuk molekul sangat kecil dengan bertindak aktif memecahkan molekul air sungai yang tercemar melalui gelombang arus.
"Air sungai yang tercemar ini seperti 'jaring' yang memerangkap kotoran. Teknologi itu dituang ke sungai dan ia bertindak memecahkan jaring itu kerana mempunyai pergerakan yang cukup laju iaitu 7,000 meter sesaat," katanya.
Khalil berkata 13 stesen utama dijadualkan untuk penuangan air daripada teknologi itu.
Beliau berkata data yang diperoleh menunjukkan hampir 60 peratus Sungai Pinang kini berada pada kelas II.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak dinafikan masalah pencemaran boleh berulang apabila musim kemarau kerana teknologi itu kurang berkesan tanpa arus yang laju.
"Teknologi itu bertindak dengan berkesan dengan gelombang arus sungai tetapi apabila musim kemarau, air sungai menjadi kering maka arusnya juga kurang," katanya.
Bernama
Tue Jul 05 2016
Khalil Hasan berkata, sebelum pelaksanaan teknologi itu, keadaan Sungai Pinang sangat kotor dengan keadaan airnya hitam pekat, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan. - Gambar Hiasan
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
5.4 juta terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025
5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.

SARA akan dikredit ke dalam Mykad bagi bulan Januari hingga Mac
Menteri Kewangan 2, Amir Hamzah berkata, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam Mykad pengguna bagi bulan Januari hingga Mac.
Mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Kerajaan eratkan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan berusaha untuk mengeratkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan AS supaya tidak dikenakan kenaikan kadar tarif seperti China, Kanada dan Mexico.
Malaysia mengambil pendekatan dengan tidak memihak dalam menangani perang dagang antara AS dengan negara lain. Malaysia juga kekal sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagang.
Malaysia mengambil pendekatan dengan tidak memihak dalam menangani perang dagang antara AS dengan negara lain. Malaysia juga kekal sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagang.
Timur Leste tidak perlu memenuhi semua kriteria untuk menyertai ASEAN
Malaysia mencadangkan Timur Leste tidak perlu melaksanakan semua kriteria untuk menyertai ASEAN.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata "Jika dapat memenuhi 20 hingga 30 peratus dahulu sudah memadai. Kita bagi mereka peluang dan tempoh supaya Timur Leste dapat memenuhi syarat dan dapat menjadi ahli tetap ASEAN".

ASEAN bersetuju untuk menyerap Timur Leste sebagai negara pemerhati
Pemimpin ASEAN telah bersetuju untuk menyerap Timur Leste sebagai negara pemerhati.
Pelbagai instrumen dan kriteria harus dipenuhi untuk menjadi ahli tetap ASEAN selepas Cambodia, Laos dan Myanmar menjadi ahli tetap tanpa sebarang syarat.
Pelbagai instrumen dan kriteria harus dipenuhi untuk menjadi ahli tetap ASEAN selepas Cambodia, Laos dan Myanmar menjadi ahli tetap tanpa sebarang syarat.
Teknologi hijau untuk rawat Sungai Pinang
Beliau berkata syarikatnya yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor itu ditawarkan kontrak tiga tahun oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan projek pemulihan sungai berkenaan.