KUALA TERENGGANU: Seorang tekong bot nelayan dikhuatiri lemas di laut selepas bot dinaiki bersama dua lagi awak-awak karam di perairan Pulau Kapas tengah hari semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari, di kedudukan lapan batu nautika, Pulau Kapas, kedua-dua awak-awak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan.
"Seorang lagi mangsa, Wan Mustapha Ayob berusia 62 tahun masih hilang. Usaha mengesan dan mencari mangsa diteruskan hari ini dengan bantuan nelayan tempatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
"KM Redang diatur gerak sejurus Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima maklumat bot nelayan tempatan kelas B dengan nombor pendaftaran TRF 1027 dilaporkan tenggelam di sekitar Pulau Kapas oleh pengadu," katanya.
Menurut beliau ketika kejadian, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berusia 48 hingga 62 tahun itu sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dan maklumat diterima dari Maritim Terengganu bahawa kedua-dua mangsa terselamat kerana memakai jaket keselamatan.
Katanya Maritim Malaysia meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat kecemasan dan salah laku di talian MERS 999 atau 09-6223657 Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Muhammad Suffi berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berusia 48 hingga 62 tahun itu sedang melakukan aktiviti menangkap ikan. - Gambar fail/BERNAMA

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Tekong bersama 34 warga Indonesia ditahan, cuba keluar secara haram
APMM Selangor menahan 35 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia termasuk tekong dipercayai cuba keluar secara haram dari negara ini.

LKIM saran anak nelayan kuasai kemahiran jadi tekong, persediaan guna bot besar
Muhammad Faiz berkata terdapat pusat latihan untuk melatih anak-anak nelayan itu menjadi tekong berkemahiran.

10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan
Lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.

Dua tekong warga Indonesia didakwa seludup 11 pendatang tanpa izin
Kesalahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Indonesia di kawasan timur Melaka kira-kira 12 tengah hari pada 15 Ogos 2023.

Tiga tekong, 16 PATI ditahan cuba keluar dari Malaysia
Kesemua tekong darat dan PATI itu diberkas selepas pihak polis menahan sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga asing.

Taktik tekong, pendatang asing meniarap dalam semak gagal
Kesemua PATI warga Myanmar termasuk tekong itu ditahan dalam serbuan di Kampung Kok Pasir, Palekbang pada jam 8.30 pagi.

Radius pencarian tekong bot nelayan hilang diperluas
Sehingga kini tiada sebarang tanda penemuan berkaitan mangsa menerusi pencarian di udara dan laut.

Operasi mencari tekong bot nelayan hilang diteruskan
Lebih 40 kekuatan terlibat dalam operasi pencarian yang memasuki hari kedua itu.

Tekong dikhuatiri lemas, bot karam di perairan Pulau Kapas
Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, kedua-dua awak-awak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan.

Bot karam di perairan Langkawi: Tindakan tekong tepat dan wajar dipuji - APMM
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, menyifatkan tindakan itu juga membantu daripada berlakunya kejadian yang lebih buruk.