Cubaan seorang tekong bot nelayan Vietnam merasuah pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membawa padah apabila ditahan kerana menceroboh perairan Terengganu, semalam.
Ketua Zon Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim, Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata salah seorang tekong daripada dua bot nelayan Vietnam yang diperiksa cuba menyogok anggota penguat kuasa APMM sebanyak RM8,000 bagi melepaskan diri daripada ditahan.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, katanya, dua bot nelayan itu bersama 20 awak-awak ditahan kerana menangkap ikan secara haram di dua kawasan berdekatan iaitu pada kedudukan 60 dan 62 batu nautika dengan menggunakan nombor pendaftaran tempatan PAF 5103 dan JF 8856T.
"Tekong yang memberi suapan itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan," katanya kepada pemberita di Pangkalan Maritim Kemaman di sini pada Ahad.
Hasil siasatan mendapati sebahagian daripada tekong dan awak-awak berusia antara 17 hingga 47 tahun memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan dan sebahagian lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, katanya.
Selain itu, katanya, pihaknya merampas 1.5 tan pelbagai jenis ikan, 500 kilogram ikan baja dan 1.6 tan sotong kering dirampas dan nilai rampasan termasuk dua bot berkenaan dianggarkan berjumlah RM2 juta.
Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta SPRM 2009.
Beliau berkata dua bot berkenaan serta awak-awak telah dibawa ke jeti Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 27 2018
![Tekong Vietnam cuba sogok RM8,000 ditahan Tekong Vietnam cuba sogok RM8,000 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527462463_TBAPMMVIETNAMRASUAH.jpg)
Mohd Rezal memeriksa bot nelayan asing yang dikesan menangkap ikan secara haram dengan menyamar sebagai bot tempatan. - Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
![APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269897_MaritimMalaysia.jpg)
APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
![Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.
![Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738561592_pintumasukpdrmbu.jpg)
Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.
![Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738559945_SaifuddinNasution.jpg)
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.
![Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738301591_TBBURUHINDO.jpg)
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
![Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
![Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736738014_MaritimMalaysia.jpg)
Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.
![Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736601256_VeselNelayanTempat.jpg)
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
![Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735998071_TBWARGAASING.jpg)
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.