Telatah comel dan bersahaja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,ketika berangkat menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya sentiasa dikagumi rakyat.
Berbusana baju kurung merah jambu, keayuan wajah Tunku Azizah mengiringi hayunan langkahnya melambai ke arah rakyat jelata yang hadir, pada detik bersejarah pagi ini.
Tunku Azizah dilihat mengeluarkan telefon pintarnya untuk merakam babak-babak menarik, ketika persembahan antaranya adalah formasi grafik manusia dan persembahan khas 'Sayangi Malaysiaku-Malaysia Bersih'.
Lebih menarik perhatian apabila baginda berdua berdiri sambil bertepuk tangan dan menunjukkan isyarat 'thumb ups' kepada Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam, yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Telatah 'comel' Sultan Abdullah, turut mencuri tumpuan ketika deruan pesawat pejuang di ruang udara Putrajaya kedengaran ketika persembahan pertunjukkan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ulang tahun kemerdekaan kali ke-62 ini lebih istimewa buat Seri Paduka, yang pertama kali mencemar duli ke sambutan hari kebangsaan sejak ditabalkan pada 30 Julai lalu.
Keberangkatan pulang Seri Paduka berdua mendapat sorakan gemuruh, ketika pasangan diraja itu meninggalkan lokasi dalam kereta sambil melambai-lambai keluar ke arah pengunjung. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat pada acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.
Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.
Kekalkan keindahan, kecantikan Bukit Fraser - Sultan Pahang
Baginda bertitah aspek kebersihan juga perlu diberi tumpuan, bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung selain seni bina bangunan sedia ada perlu dijaga dan dipelihara sentiasa.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan
Al-Sultan Abdullah menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah bawa lembaran baharu Pulau Keladi
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah akan menjadi destinasi tumpuan peminat kraf serta mengangkat dan memelihara warisan tenun negeri Pahang.