MELAKA: Pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi diminta mengambil tindakan segera bagi mengatasi isu panggilan telefon bimbit yang terputus secara tiba-tiba khususnya di Melaka.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini kerana perkara itu berlaku ketika sesi Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) ketika beliau menaiki Melaka River Cruise di Banda Hilir di sini hari ini.
Beliau berkata ujian itu dilakukan di kawasan yang sinonim dengan tarikan pelancong membabitkan enam penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile (TM), YES (YTL) dan U Mobile.
"Sepanjang ujian dilakukan menggunakan laluan bermula di Jeti Hotel Casa del Rio ke Taman Pengkalan Rama, lima panggilan terputus direkodkan.
"Pada masa sama, ujian kelajuan muat turun jalur lebar tanpa wayar turut dijalankan sepanjang laluan tersebut dan secara purata, ia mencatatkan lebih 100 megabait sesaat bagi kesemua penyedia perkhidmatan," katanya kepada media selepas ujian itu di laluan sepanjang kira-kira 4.5 kilometer di Sungai Melaka.
Turut serta dalam pelaksanaan ujian itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Isa, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang (menjalankan tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Nur-Ul Afida Kamaludin dan Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC Bukhari Yahya serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.
Fahmi berkata pihaknya juga akan meminta penyedia perkhidmatan terbabit melaporkan kerja-kerja penambahbaikan yang dilakukan kepada Kementerian Komunikasi melalui MCMC.
"MCMC juga terus memantau perkara ini sepanjang suku pertama tahun 2024 dan akan mengemukakan laporan kepada Kementerian Komunikasi," katanya sambil menambah ujian itu juga seiring dengan inisiatif Kerajaan Negeri Melaka yang giat dalam penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024.
Beliau berkata sesi ujian itu tepat pada masanya bagi memastikan aktiviti pelancongan berjalan lancar dengan peningkatan kualiti perkhidmatan selular di Melaka,khususnya di lokasi tarikan pelancong.
Melaka adalah negeri kedua ujian itu selepas sesi pertama diadakan di ibu negara yang membabitkan perjalanan dari Bangunan Parlimen ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada 9 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024

Fahmi berkata pihaknya juga akan meminta penyedia perkhidmatan terbabit melaporkan kerja-kerja penambahbaikan yang dilakukan kepada Kementerian Komunikasi melalui MCMC. - Gambar Bernama

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.