Semua syarikat telekomunikasi (Telco) yang menawarkan pakej perkhidmatan internet perlu memastikan pengguna mendapat kelajuan internet seperti yang ditawarkan dalam pakej-pakej mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Katanya kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya jika kelajuan internet yang dinikmati pelanggan tidak sama seperti yang dijanjikan dalam pakej.
"Semua Telco ini kena faham, bila mereka mengeluarkan pakej baharu, mereka sebut dengan kelajuan yang lebih tinggi dan kos lebih rendah, jadi mereka kena pastikan bahawa kelajuan yang pelanggan dapat selaras dengan apa yang dijanjikan.
"Jadi saya minta mereka tingkatkan pemantauan mengenai perkara ini, 'mereka perlu periksa bahawa kelajuan yang dinikmati pelanggan adalah kelajuan yang mereka kata pelanggan akan dapat seperti dinyatakan dalam pakej mereka. Saya juga minta syarikat Telco untuk wujudkan biro aduan dan aduan ini mesti dikaji secara mendalam, cepat dan efektif," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Beliau turut menggesa syarikat telekomunikasi untuk mengkaji semula pakej-pakej internet lama yang ditawarkan kepada pelanggan masing-masing supaya dapat dikurangkan harga.
Katanya, kerajaan amat mengalu-alukan tawaran pakej baharu oleh syarikat-syarikat tersebut yang menyajikan kelajuan internet lebih baik pada harga yang lebih murah, namun mereka juga perlu menghargai pelanggan mereka yang masih melanggan pakej-pakej lama.
"Bagi pihak kita kementerian, saya telah beritahu SKMM yang kami serius, apabila kami kata kami mahu harga lebih rendah, kelajuan lebih laju, kami adalah serius," katanya.
Sementara itu, Gobind Singh berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyemak harga standard minimum dan munasabah bagi perkhidmatan internet dan SKMM akan mengumumkan perkara itu esok.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sama ada kehadirannya di Port Dickson hari ini adalah kerana komen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kelajuan internet di sini yang kurang memuaskan, beliau berkata perkara itu sepatutnya tidak timbul.
Gobind Singh yang juga timbalan pengerusi DAP berkata beliau hadir di sini untuk berkempen bagi Anwar atas semangat setiakawan dan kesatuan dalam PH.
"Kita datang untuk kempen kerana kita ini sahabat yang akrab dengan Anwar. Beliau kawan baik saya... saya berada di sini untuk menyokong beliau. Saya berada di sini bukan sebagai menteri, saya berada di sini sebagai Gobind Singh Deo dan saya juga Anggota Parlimen Puchong," katanya.
PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
PRK itu menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Anwar, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan serta bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan kaum-kaum lain (dua peratus).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Okt ini sebagai hari pengundian dan Selasa depan (9 Okt) sebagai hari pengundian awal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018

Semua syarikat telekomunikasi (Telco) yang menawarkan pakej perkhidmatan internet perlu memastikan pengguna mendapat kelajuan internet seperti yang ditawarkan dalam pakej-pakej mereka. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.