SHAH ALAM: Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman dikesan aktif adalah pada 20 Nov tahun lepas, empat hari sebelum anak lelakinya cuba membuat panggilan kepada wanita itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata menerusi semakan dan siasatan dibuat, pihak polis berpendapat berkemungkinan Zalina hilang lebih awal daripada tarikh yang dilaporkan.
"Kalau anaknya tidak cuba telefon, kita pun tidak tahu dia hilang. Berkemungkinan Zalina telah hilang lebih awal, tapi tidaklah awal sangat sebab kita dah semak dan pada 20 Nov didapati telefonnya telah dimatikan (tiada rekod panggilan keluar atau masuk).
"Sama ada kerana sudah habis bateri itu kita tidak dapat pastikan," katanya kepada Bernama ketika melakukan lawatan di rumah wanita berusia 58 tahun itu bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Mohd Iqbal berkata keadaan rumah Zalina Shaharah yang didapati tidak tersusun adalah disebabkan kediaman itu sedang dalam proses pengubahsuaian untuk menjadi sebuah galeri.
BACA: Enam ahli keluarga Zalina Azman dirakam percakapan
Sementara itu, dalam kenyataan beliau berkata polis kini sedang mengesan pekerja yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian bagi membantu siasatan kes kehilangan bekas personaliti televisyen itu.
"Kita masih menjalankan siasatan, kini sedang mengesan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengubahsuaian kediaman itu (rumah Zalina) yang mungkin boleh membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata setakat ini, seramai enam individu telah dipanggil dan dirakam keterangan sejak laporan polis mengenai kehilangan itu dibuat.
Sebelum ini, Mohd Iqbal dilapor berkata Zalina Shaharah dipercayai masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.
Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan itu daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Setakat ini, seramai enam individu telah dipanggil dan dirakam keterangan sejak laporan polis mengenai kehilangan Zalina Azman dibuat.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

'Sampai orang kata saya tak betul' - Ras Adiba masih tunggu kepulangan Zalina
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.

Polis tidak pernah tutup siasatan kes kehilangan Zalina Azman
Setakat ini lebih 20 individu telah dirakam keterangan melibatkan ahli keluarga dan rakan Zalina, dan sehingga kini belum terdapat sebarang petunjuk baharu yang ditemui.

Forensik Bukit Aman periksa rumah Zalina Azman
Hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang petunjuk bagi perkembangan siasatan kes itu.

Rakan, individu terakhir jumpa Zalina
Individu tersebut bertemu dengan Zalina pada Julai 2021 dan ketika pertemuan tersebut, Zalina dalam keadaan sihat.

"Zalina, jika anda di luar sana, hubungi mak, ayah beritahu anda selamat" - Sharifah Shawati
Misteri kehilangan bekas personaliti TV, Zalina Azman masih lagi belum terungkai...

Kehilangan Zalina Azman: Temu bual di MeleTOP bersama Sharifah Shawati malam ini
Malam ini program MeleTOP akan menemubual rakan Zalina, Datin Sharifah Shawati.

Polis masih berusaha kesan kontraktor rumah Zalina Azman
Polis masih lagi mengesan kontraktor yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian di kediaman bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Keluarga risau keberadaan Zalina Azman - Ras Adiba
Keluarga Zalina Azman risau akan keberadaan wanita itu selepas dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.

Tiada petunjuk baharu kehilangan Zalina - Polis
Dua wanita mirip Zalina yang ditemui sebelum ini termasuk seorang di Jalan Haji Salleh, Sentul pada Jumaat, ialah gelandangan.

Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar
Ras Adiba berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua .