LUMUT: Pantai Teluk Senangin dipilih sebagai tapak pertama pelaksanaan kempen Laut Bebas Plastik peringkat Negeri Perak.
Pemilihan pantai peranginan itu bertepatan dalam usaha kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan untuk menjaga kelestarian alam sekitar sebagai lokasi tumpuan orang ramai bercuti setiap hujung minggu.
Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, bahan buangan marin (marine debris) yang didominasi oleh plastik menjadi isu persekitaran global yang mengancam biodiversiti marin dan pesisir pantai termasuk di Teluk Senangin.
Menurutnya, kajian dijalankan menunjukkan pencemaran plastik menggugat rantaian makanan laut negara kepada tahap yang membimbangkan.
"Jabatan Perikanan telah merangka dan melaksanakan pendekatan holistik melalui kempen ini untuk mengurangkan pencemaran mikroplastik dengan menghentikan pertambahan plastik ke dalam laut.
"Pencemaran mikroplastik ini adalah kesan daripada sampah plastik yang memasuki ke sistem sungai dan ke laut mengikut arus dan seterusnya memecah membentuk saiz kurang dari 1 milimeter.
"Jadi di pihak kerajaan negeri, kita mengharapkan agar kempen ini diteruskan di Perak bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai bahaya ancaman pencemaran plastik terutama mikroplastik demi pengekalan ekosistem laut negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Laut Bebas Plastik@Save Our Sea dan Program Melabuh Unjam Jabatan Perikanan Negeri Perak di tapak myKomuniti Perikanan Teluk Senangin di sini pada Khamis.
Dalam program itu, sebanyak 100 unjam jenis gelung dilabuhkan di perairan Teluk Senangin bagi mewujudkan persekitaran baharu habitat ikan untuk pembiakan serta memperkayakan sumber perikanan.
Razman berkata, pembiakan ikan di kawasan unjam-unjam itu secara tidak langsung membolehkan nelayan di kawasan Teluk Senangin dan sekitarnya mendapat manfaat.
"Pemuliharaan sumber perikanan di perairan Teluk Senangin sebagai kawasan penangkapan ikan dan aktiviti agro pelancongan amatlah penting.
"Langkah ini perlu dijayakan semua pihak demi tanggungjawab menjaga habitat, sumber ikan dan keselamatan makanan dengan pengurusan yang mapan melalui kelestarian sumber dan peningkatan taraf hidup nelayan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perikanan Perak, Noraishah Hashim berkata, penggunaan single use plastic atau plastik sekali guna seperti botol air mineral dalam aktiviti harian telah menyumbang kepada masalah tidak mesra alam iaitu plastik tidak boleh dilupuskan secara biologi (biodegradable).
Katanya, sebagai contoh, botol air minuman plastik yang terapung di lautan boleh bertahan sehingga 500 tahun sebelum terpecah kepada saiz yang lebih kecil dikenali sebagai mikroplastik.
"Melalui aktiviti Beach Clean Up, kita berjaya membersihkan sampah plastik yang bersaiz besar tetapi ancaman mikroplastik masih lagi wujud termasuklah di sepanjang pantai ini," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 09 2022

Razman (kanan) ketika menyertai aktiviti gotong-royong di Pantai Teluk Senangin. - Foto Jabatan Perikanan Perak

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Kanak-kanak lelaki hilang di Teluk Senangin ditemukan maut oleh nelayan
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Faris Irfan ditemui dua batu nautika dari kawasan pantai pada jam 8.20 pagi.

Teluk Senangin lokasi pertama kempen Laut Bebas Plastik
Teluk Senangin lokasi pertama kempen Laut Bebas Plastik