Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan pembunuh upahan diguna dalam insiden Sub Inspektor Abu Hashim Ismail yang maut ditembak pada Jumaat lepas.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis percaya kemungkinan penembak upahan dari negara asing diupah oleh kongsi gelap dalam kes tersebut.
Katanya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff telah mengemas kini semua maklumat kepadanya.
"Walaupun mungkin (ada) penembak upahan dari luar negara, tetapi dengan kerjasama Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dan kerjasama perkongsian maklumat perisikan, kita akan cari sehingga peroleh dan tangkap, bawa ke mahkamah," katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan, di Dewan Bandaran Teluk Intan, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau enggan mengulas kepada media mengenai perihal suspek yang disyaki berasal dari negara luar itu, bagi mengelak daripada mengeruhkan hubungan diplomatik antara negara.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya sentiasa komited untuk melihat indeks jenayah di Malaysia dapat diturunkan walaupun terdapat risiko yang sentiasa dihadapi pasukan polis negara.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerangkan, Abu Hashim pada ketika itu sedang menghabiskan masa cutinya namun terkorban di lokasi kejadian berikutan komitmennya sebagai seorang pegawai polis.
“Saya ucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarganya. Saya harap keluarga beliau bersabar. PDRM akan membantu bukan sahaja dari segi kelayakan, tetapi juga yang terbaik untuk keluarganya,” katanya.
Pada Jumaat, Abu Hashim, 54, pegawai polis rendah yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, maut di tempat kejadian selepas terkena empat daripada enam tembakan yang dilepaskan ke arahnya di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Jitra.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui motif sebenar kejadian pegawai rendah polis itu maut ditembak.
Katanya pada satu majlis di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, tiga lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun telah ditahan polis secara berasingan bagi membantu siasatan kes berkenaan setakat ini.
"Kita sedang menyiasat secara terperinci apakah motif-motif (kes tembak itu).
"Seorang lelaki ditahan pada hari pertama (kejadian) manakala dua lagi lelaki ditahan semalam yang datang menyerah diri kepada polis secara berasingan.
"Ketiga-tiga suspek ini dipercayai (dan) diyakini dapat membantu siasatan polis,” katanya.
Noor Rashid turut berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa individu lagi akan ditahan berhubung kes itu setelah siasatan lanjut dijalankan ke atas tiga lelaki berkenaan.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Aug 20 2017

Ahmad Zahid berkata, Abu Hashim (gambar) pada ketika itu sedang menghabiskan masa cutinya namun terkorban di lokasi kejadian berikutan komitmennya sebagai seorang pegawai polis. - Gambar fail

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Tembak mati polis: Pembunuh upahan mungkin terlibat - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya komited untuk memastikan kejadian itu, dipercayai dilakukan anggota kongsi gelap, akan diselesaikan dengan segera.

Tembak pegawai polis: Dua lelaki direman tujuh hari
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Kanan Mahkamah Jitra, Mohd Hadi Hakimi Harun.

Anggota polis maut ditembak di Kedah
Mangsa, Abu Hashim Ismail, 54, dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, maut akibat terkena sekurang-kurangnya tujuh das tembakan pada badan.