Jika sebelum ini durian Musang King, nangka madu dan manggis dari negeri ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga ke China dan Eropah, kali ini tembikai dari Ubai, Pekan pula memasuki pasaran Dubai.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata Kampung Ubai dipilih sebagai lokasi pelancaran 'Tembikai Dari Ubai Ke Dubai' kerana ia merupakan kawasan penanaman utama tembikai di Pahang.
"Kampung ini telah menjalankan aktiviti penanaman tembikai sejak 30 tahun lalu dan seramai 38 orang penduduk di sini terlibat dalam penanaman buah tersebut di kawasan seluas hampir 29 hektar.
"Bagi peringkat permulaan, kita akan mengeksport sebanyak 80 tan metrik buah tembikai dari sini ke Dubai dengan empat kali penghantaran sebulan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program 'Tembikai Dari Ubai ke Dubai' di Balai Raya Kampung Ubai di sini pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mansor Omar dan Pengarah Jabatan Pertanian Pahang Yusof Sultan.
Shafik Fauzan berharap program itu dapat menarik lebih ramai penduduk terutamanya golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
"Program ini juga diharap dapat memberi impak berganda kerana ia merupakan projek sentuhan kerajaan kepada rakyat melalui pertanian sekali gus menyumbang kepada meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.
Beliau turut berharap program tersebut akan dapat menjadi satu lagi ikon tarikan untuk daerah Pekan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 16 2018

Shafik Fauzan Sharif (kanan) meletakkan pelekat 'Ubai Melon' pada buah tembikai selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Hantaran Tembikai Ubai Ke Dubai di Kampung Ubai pada Isnin. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Majlis Perunding Pertanian Negara ditubuh
Beliau berkata majlis itu akan dipengerusikan oleh seorang tokoh ternama sektor pertanian selain akan turut melibatkan beberapa nama besar lain yang berupaya memberi nilai tambah.

Tembikai dari Ubai tembusi pasaran Dubai
Program itu diharap dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Swasta digalak buka makmal proses madu kelulut - Ahmad Shabery
Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan.

Semua pasar raya perlu patuhi peraturan GPL - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui semua pemilik pasar raya di seluruh negara untuk meminta mereka memastikan pasar raya masing-masing mematuhi peraturan GPL.