Kerajaan negeri Kedah ketika ini sedang menunggu keputusan muktamad dari pihak Majlis Keselamatan Negera (MKN) berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) di daerah Kota Setar yang dijadualkan berakhir pada Jumaat.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan, antara kemungkinan yang akan diputuskan MKN adalah penamatan tempoh TEMCO, lanjutan tempoh TEMCO, serta pelaksaan lanjutan secara bersasar di beberapa mukim yang terlibat.
Beliau menjelaskan pihaknya juga telah mengemukan beberapa cadangan mengenai syorkan berkenaan kepada pihak MKN, namun perkara terbabit perlu dirahsiakan kepada umum.
"Kita serah kepada MKN untuk putuskan... pertama sekali penamatan, yang kedua pelanjutan, yang ketiga pelanjutan dengan bersasar, yang itu keputusan yang kita boleh buat.
"Tetapi saya tak boleh maklumlah apa dia kita nak syorkan itu, itu rahsia. Kemungkinan itu saya tidak boleh jawab, itu akan diputuskan di peringkat persekutuaan mengambil kira semua faktor yang ada di Kedah ini," katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) berkaitan COVID-19 di Pejabat Daerah Kota Setar pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pihak kerajaan negeri juga telah mengagihkan 6,500 bungkusan makanan asas kepada penduduk yang telah menghubungi talian hotline Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
Bantuan berkenaan juga turut diagihkan kepada 88 buah rumah di Flat Tongkang Yard, Alor Setar yang ditutup pada Rabu susulan penularan COVID-19.
BACA: Kedah tidak berhasrat sambung tempoh TEMCO di Kota Setar - MB
Terdahulu,kerajaan telah mewartakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran (TEMCO) di daerah Kota Setar, Kedah ekoran peningkatan kes membabitkan kluster Sungai dan Telaga di lokasi berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini akan dikuatkuasakan mulai 11 September pukul 12.01 tengah malam hingga 25 September 2020 sebagai sebahagian dari langkah pencegahan penularan COVID-19.
Abdul Hadi Che Awang
Thu Sep 24 2020

Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan, antara kemungkinan yang akan diputuskan MKN adalah penamatan tempoh TEMCO, lanjutan tempoh TEMCO, serta pelaksaan lanjutan secara bersasar di beberapa mukim yang terlibat. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

TEMCO Kota Setar: Kedah tunggu keputusan MKN
Kerajaan negeri Kedah ketika ini sedang menunggu keputusan muktamad dari pihak Majlis Keselamatan Negera (MKN) berhubung pelaksanaan TEMCO di Kota Setar yang dijadualkan berakhir pada Jumaat.