KUALA LUMPUR: Sistem tempahan janji temu untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) menerusi aplikasi MySejahtera dibuka di seluruh negara pada 7 Mac ini, bagi membolehkan ibu bapa atau penjaga mendaftar janji temu vaksinasi anak-anak mereka.
ProtectHealth, dalam kenyataan hari ini memaklumkan sistem yang sebelum ini dilaksanakan di Lembah Klang sejak PICKids dilancarkan pada 3 Feb lepas, diperluas ke seluruh negara sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan, kesihatan dan perlindungan kanak-kanak terhadap varian Omicron.
"Selepas mendaftarkan anak sebagai tanggungan, ibu bapa atau penjaga boleh memilih pusat pemberian vaksin (PPV) untuk menempah janji temu vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera dan memilih tarikh dan masa dikehendaki.
"Adalah disyorkan untuk mengemas kini aplikasi kepada versi terkini sebelum menempah janji temu melalui Sistem Pengurusan Tempahan...Bagi kanak-kanak lima hingga 11 tahun, anda (ibu bapa atau penjaga) harus memilih Pfizer (kanak-kanak) sebagai jenis vaksin," menurut kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Datuk Dr Anas Alam Faizli menasihati ibu bapa agar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bagi melindungi anak-anak mereka daripada komplikasi serius, terutamanya Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C).
Menurut beliau, dilaporkan pada Februari, tujuh kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah meninggal dunia akibat MIS-C disebabkan jangkitan COVID-19 di Malaysia, dan kes berkenaan dilihat semakin meningkat.
"Kajian menunjukkan bahawa vaksin Pfizer kanak-kanak berkesan dan mampu meningkatkan imuniti terhadap COVID-19, serta mengurangkan risiko penyakit serius daripada virus itu," katanya dalam kenyataan.
Menurut Dr Anas Alam, sebanyak 821 PPV fasiliti kesihatan swasta (klinik swasta, hospital pakar swasta, hospital swasta dan pusat jagaan ambulatori) dan 91 PPV Offsite di bawah ProtectHealth menyediakan vaksinasi di bawah program PICKids.
Beliau berkata ibu bapa atau penjaga boleh mencari PPV pilihan mereka untuk PICKids di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan menerusi laman web www.protecthealth.com.my.
Berdasarkan data dikongsikan ProtectHealth, sehingga 28 Feb, sejumlah 879,264 dos vaksin di bawah PICKids telah diberikan sejak dilancarkan 3 Feb lepas, dan 568,731 atau 64.6 peratus menerusi Pengamal Perubatan Swasta (PMP) dan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah ProtectHealth.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Sistem janji temu itu diperluas ke seluruh negara sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan, kesihatan dan perlindungan kanak-kanak terhadap varian Omicron. - Gambar fail/ Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.

PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.

KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.

Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.

PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.

Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.

Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.