KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang memperoleh keputusan 10A ke atas namun tidak mendapat tempat di matrikulasi atau program asasi universiti awam (UA), ditawarkan tempat sewajarnya.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama mengenal pasti kumpulan pelajar terbabit.
"Mungkin mereka tidak mendapat tempat di matrikulasi tetapi mereka boleh dapat program asasi di UA (universiti awam). Saya fikir sekarang ialah tempoh untuk penyesuaian...sama ada mereka dapat kedua-duanya atau biasiswa. Mereka perlu memilih satu.
"Kami percaya kami tidak mempunyai banyak isu untuk memudahkan pelajar-pelajar tersebut dengan 10A dan ke atas kerana tempat di universiti di bawah program asas serta matrikulasi adalah mencukupi untuk menampung bilangan pelajar yang mendapat 10A dan ke atas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat 'Concorde Club' di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Penasihat Kumpulan Star Media Datuk Seri Wong Chun Wai. 'Concorde Club' merupakan perjumpaan tidak rasmi editor dan wartawan kanan dengan ahli politik dan penggubal utama dasar.
Keputusan permohonan program matrikulasi KPM dan program asasi UA di bawah KPT bagi lepasan SPM 2023 telah diumumkan, masing-masing pada 20 Jun dan 28 Jun lepas.
Selain itu, Zambry berkata mereka yang meraih keputusan 10A ke atas atau keputusan semua A namun tidak mendapat tempat pada kedua-dua program tersebut, boleh mengemukakan rayuan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian pada peringkat matrikulasi bermula tahun ini. Hal itu merupakan keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas.
Zambry berkata langkah itu adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan peluang saksama dan mengiktiraf pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran serta mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan keputusan itu sebagai bahan politik.
"Kuota bumiputera tidak tergugat tetapi dalam masa sama jumlah yang dapat 10A ke atas akan diberikan pada semua dan memang kita boleh bagi pada semua jadi tidak timbul isu kuota bumiputera dikurangkan," katanya.
Hari ini, Perdana Menteri turut memberikan jaminan bahawa kerajaan mengekalkan kuota bumiputera lepasan SPM bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi susulan termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Anwar berkata walaupun keputusan itu memberikan pengiktirafan pada kecemerlangan tanpa mengira kaum dan latar belakang, namun kerajaan pada masa sama tegas mempertahankan kuota bumiputera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024
Zambry bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat 'Concorde Club' di ibu negara hari ini.- Foto Bernama
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM
Ahmad Zahid juga mahukan 10,160 calon SPM yang tidak hadir peperiksaan itu untuk terus memohon untuk memasuki bidang TVET.
Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).