JOHOR BAHRU: Selepas beberapa siri lawatan dan proses menambah baik perkhidmatan di dua pintu masuk negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tambak Johor, pengembara dan rakyat Malaysia yang berulang-alik kini boleh mengharapkan waktu pelepasan (clearance) yang lebih singkat di sempadan.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, proses terbabit di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah membolehkan waktu perjalanan mereka disingkatkan sekitar 30 minit sahaja.
Beliau menyifatkan ia sebagai satu perkembangan baik di dua pintu masuk utama negara di Johor itu.
"Setiap pagi seawal jam 4 pagi, mereka (pekerja Malaysia di Singapura) sudah melalui CIQ, yang sebelum ini mengambil masa satu jam untuk ke tempat kerja tetapi saya lihat sekarang perjalanan mereka dapat dipendekkan iaitu 30 minit.
"Alhamdulilllah, kita sedang menangani isu kesesakan dan ia menandakan salah satu usaha yang memperlihatkan kemajuan, saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam isu perhubungan dua negara ini.
"Tambak Johor menjadi antara jambatan penghubung tersibuk di dunia dengan anggaran berpuluh ribu kenderaan akan melalui jalan ini seawal jam 4 pagi hingga lewat malam, setiap hari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Perniagaan Johor-Korea 2023 yang diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han; Duta Besar Republik Korea ke Malaysia, Yeo Seung-bae serta 60 delegasi Korea Selatan terdiri daripada komuniti usahawan.
Jelas Onn Hafiz, selain masalah kesesakan di pintu masuk CIQ, pihaknya juga komited untuk menyelesaikan beberapa isu lain termasuk masalah jalan berlubang dan jaringan internet.
"Kerajaan negeri juga turut memberi tumpuan kepada usaha membaik pulih jalan raya berlubang di negeri ini, serta jaringan internet, kita usaha atasi selewat-lewatnya tahun depan.
"Pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri sedang bekerjasama dalam memastikan perkara itu terlaksana selari dengan inisiatif Johor Maju 2030.
"Baru-baru ini, saya semakin dikenali ramai bukan disebabkan rupa yang 'handsome' tetapi kerana tular di media sosial dalam usaha menyelesaikan kesesakan di BSI dan KSAB," katanya lagi.
Sejak beberapa bulan lalu, Onn Hafiz dilihat secara agresif hampir setiap hari melakukan lawatan kerja sama ada secara mengejut atau bersama agensi berkaitan ke CIQ di BSI dan juga KSAB.
Tindakan ADUN Machap itu bagi memastikan proses merentas sempadan antara kedua-dua negara terlibat lancar.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed May 17 2023

Onn Hafiz (belakang, tengah) hadir pada Forum Perniagaan Johor-Korea 2023 yang diadakan di sebuah hotel, di Johor Bahru hari ini. - Foto Astro AWANI
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Kerajaan sasar kurangkan kesesakan waktu puncak di Tambak Johor sehingga 70 peratus
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan tempoh kesesakan waktu puncak di Tambak Johor sehingga 70 peratus.

Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.

Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS

Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.

PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.

Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.

KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.

PRK Pulai: 30 peratus pengundi bekerja di Singapura, beberapa kaunter akan dibuka
Usaha itu dilakukan bagi memastikan sekitar 30 peratus pengundi Parlimen berkenaan dapat pulang pada hari mengundi ini.

Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor
Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dilihat semakin cekap dan baik.

Dua lagi warga asing ditahan kencing di tempat awam BSI
Dua lelaki warga asing ditahan kerana kencing di tempat awam di dalam bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Selasa lepas.