Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan penemuan empat tengkorak dan tulang manusia yang ditemukan di dalam tempayan di kawasan bukit, Kampung Baru Nalla, Tronoh, dekat sini, pada tengah hari Selasa.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar mengesahkan bahawa kesemua tulang yang sebahagiannya dijumpai berselerak itu telah reput dan lama, dipercayai telah berada di lokasi itu selama berpuluh-puluh tahun.
Katanya, laporan kimia daripada pihak patologi tidak boleh menyatakan tempoh masa tulang berkenaan secara tepat setelah dihantar pada Selasa.
“Terdapat kesan tanah pada tulang-tulang tersebut dan dipercayai tulang ini pernah tertanam dalam tanah sebelum ini.
“Kami tidak menolak kemungkinan bahawa ia daripada kubur lama yang dikorek secara tidak sengaja, dan laporan awal menunjukkan bahawa tulang-tulang itu tidak lengkap untuk empat manusia, dan ada juga beberapa bahagian tulang yang lebih daripada sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Jelasnya, polis juga tidak menolak kemungkinan kesemua empat tengkorak dan tulang manusia yang ditemukan dalam tempayan di kawasan bukit itu dipindahkan dari tempat lain untuk disemadikan di lokasi berkenaan.
Sebelum ini, Mohd Nasri berkata tempayan dan tengkorak itu dijumpai pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melakukan kerja di satu tiang elektrik di lokasi berkenaan semalam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Beliau berkata, siasatan awal di lokasi mendapati keempat-empat tempayan itu diletakkan di antara dua tiang elektrik di atas puncak bukit yang dikelilingi bekas ladang sawit selain terdapat lombong lama yang hampir 17 tahun tidak beroperasi dan jirat Cina yang jaraknya kira-kira 10 kilometer (km) dari lokasi tempayan terbabit dijumpai.
Beliau juga mendapati hasil siasatan awal bersama orang kampung mengesahkan bahawa tiada sebarang aktiviti pemujaan dan kegiatan jenayah berlaku di kawasan tersebut kerana kedudukannya yang agak terpencil dari perkampungan mereka.
"Penduduk kampung yang berketurunan Cina turut memaklumkan ada kemungkinan terdapat aktiviti pemindahan tulang nenek moyang atau saudara yang telah lama meninggal dan ditempatkan di tempat yang mempunyai 'feng shui' yang baik," katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Oct 25 2017

Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan penemuan empat tengkorak dan tulang manusia yang ditemukan di dalam tempayan di kawasan bukit, Kampung Baru Nalla, Tronoh. -Ihsan PDRM

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tengkorak dalam tempayan: Tiada unsur jenayah - Polis
Polis tidak menolak kemungkinan kesemua tengkorak dan tulang manusia yang ditemukan dalam tempayan di kawasan bukit itu dipindahkan dari tempat lain untuk disemadikan di lokasi berkenaan.

Tengkorak, tulang manusia dijumpai dalam tempayan
Kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) menemukan empat tengkorak dan beberapa tulang manusia di dalam empat tempayan di kawasan bukit berhampiran Kampung Baru Nalla dekat Tronoh di sini hari ini.