KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia Prof Datuk Dr Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid hari ini menerima Anugerah Warga Emas Wanita Negara sempena sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2022.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan anugerah itu kepada Tengku Aizan pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.
Tengku Aizan, 64, menerima anugerah itu atas keterlibatannya dalam bidang pendidikan serta penyelidikan sejak 2002 hingga kini dan beliau juga banyak menyumbang kepada pemerkasaan warga emas di peringkat kebangsaan serta antarabangsa dengan membantu menggubal pelbagai polisi berkaitan golongan itu.
Dalam majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) turut menerima penganugerahan sebagai pusat paling aktif menganjurkan program bermanfaat untuk warga emas, yang disampaikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Selain itu, anugerah Warga Emas Bidang Kesenian diberikan kepada pelakon veteran Fauziah Nawi, 69, yang menceburi bidang kesenian selama 40 tahun serta pernah merangkul gelaran pelakon terbaik dalam beberapa anugerah berprestij.
Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh pula menerima anugerah bagi Warga Emas Bidang Kesukarelaan (badan bukan kerajaan), yang antara sumbangannya adalah terlibat dalam persediaan Malaysia menuju negara tua menjelang 2030.
Penerima anugerah lain ialah Datuk Sayed A.Rahman Sayed Mohd yang merangkul anugerah Warga Emas Kesukarelaan (individu), Roslan Yatim (Warga Emas Bidang Pendidikan) dan Mary Shanthi Dairiam yang membawa pulang anugerah Warga Emas Bidang Kemanusiaan.
Terdahulu, Rina ketika berucap berkata penganugerahan kepada warga emas itu sebagai manifestasi penghormatan, penghargaan dan keprihatinan kepada sumbangan mereka dalam bidang-bidang tertentu.
"Pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan kepada empat kriteria utama iaitu sihat, aktif dan produktif; memberi sumbangan kepada komuniti, masyarakat dan negara; pencapaian dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; serta penglibatan aktif dalam pemerkasaan dan pembangunan warga emas.
"Pemilihan dibuat melalui jawatankuasa penilaian daripada pencalonan yang diterima dari seluruh Malaysia dengan mengambil kira kriteria-kriteria yang telah ditetapkan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan anugerah itu kepada Tengku Aizan pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini. - Bernama
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.