Harits Asyraf Hasnan
Sat Oct 08 2016
![Tengku Amir Shah dimasyhur sebagai Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dimasyhur sebagai Raja Muda Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71475912314_RajaMuda.jpg)
Istiadat Pemasyhuran Gelaran dimulakan dengan Tengku Amir Shah mengangkat sumpah gelaran Raja Muda Selangor di hadapan ayahanda baginda. - Foto Bernama
Anakanda bongsu Sultan Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor dalam sebuah istiadat yang penuh tradisi yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini.
Istiadat Pemasyhuran Gelaran dimulakan dengan Tengku Amir Shah mengangkat sumpah gelaran Raja Muda Selangor di hadapan ayahanda baginda, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj.
Baginda kemudian melakukan Istiadat Menjunjung Duli dengan menerima keris kebesaran Raja Muda Selangor daripada Sultan Selangor.
Kemudian Tengku Amir Shah perlu berkelana selama tujuh hari di luar tanah negeri Selangor.
Berangkat sama menyaksikan istiadat yang julung kali diadakan itu ialah Permaisuri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Tengku Amir Shah yang dilahirkan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) merupakan hasil perkahwinan antara Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Puan Nur Lisa Idris Abdullah, warganegara AS.
Tengku Amir Shah merupakan anakanda bongsu daripada tiga beradik.
Baginda mendapat pendidikan awal sekolah rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran di Wellington College, United Kingdom (UK) dari 2004 hingga peringkat A-Level pada 2009.
Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Leeds University, UK pada 2014.
Dari 23 September sehingga 5 Disember 2014, Tengku Amir Shah menjalani kursus persediaan ketenteraan yang rapi di Akademi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Selepas itu, baginda meneruskan latihan ketenteraan Commissioning Course Intake 152 sebelum mendaftar diri di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, UK dari 3 Mei 2015 hingga 15 April lalu.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, baginda ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu upacara di Kem Terendak, Melaka pada 19 Julai lalu.
Tengku Amir Shah juga meminati pelbagai jenis sukan seperti golf serta bola sepak dan aktiviti lasak seperti meredah jeram dengan bot, menunggang kenderaan pelbagai bentuk muka bumi (ATV), berbasikal dan paintball.
Baginda seringkali menyertai pertandingan golf antaranya Jemputan Raja Muda Selangor yang dianjurkan di kelab-kelab golf terkemuka di negeri ini.
Sebagai putera raja yang berjiwa rakyat, Tengku Amir Shah tidak melupakan kewajipan memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
Baginda merupakan Penaung Diraja bagi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif membantu rakyat bagi meningkatkan taraf kehidupan.
Antara NGO yang dinaungi oleh baginda ialah Yayasan Raja Muda Selangor, Pertubuhan Kebajikan Selangor Cheshire Home, Make a Wish Malaysia dan Selangor Youth Community (SAY).
Baginda turut sama turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin dan menyertai program-program kesedaran kesihatan kepada masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan wabak denggi.
Tengku Amir juga menghadiri majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti majlis berbuka puasa dan perasmian masjid.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Jelita dan bijak, ini puteri-puteri raja Pahang Jelita dan bijak, ini puteri-puteri raja Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71564495864_imanabdullahsister.jpg)
Jelita dan bijak, ini puteri-puteri raja Pahang
Tengku Puteri Iman Afzan adalah yang sulung antara tiga puteri selain Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana.
![Yang di-Pertuan Agong berangkat meninggalkan Istana Abdulaziz Yang di-Pertuan Agong berangkat meninggalkan Istana Abdulaziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81548895189_AgongBerangkat.jpg)
Yang di-Pertuan Agong berangkat meninggalkan Istana Abdulaziz
Istiadat melafaz sumpah akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-252 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara sekitar jam 11 pagi.
![Tengku Amir Shah dimasyhur sebagai Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dimasyhur sebagai Raja Muda Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71475912314_RajaMuda.jpg)
Tengku Amir Shah dimasyhur sebagai Raja Muda Selangor
Istiadat Pemasyhuran Gelaran dihadapan ayahanda baginda, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj.