SEPANG: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berangkat menghadiri The World #QuranConvention 4.0, di sini hari ini.
Program anjuran bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Institut Bayyinah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA di sini.
Keberangkatan tiba baginda pada 9.15 pagi itu disambut pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamuddin Yaacob dan Ketua Pegaai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff.
Tengku Permaisuri Norashikin yang meluangkan masa hampir dua jam telah melawat reruai yang disediakan dan selain mengikuti diskusi panel bertajuk 'Belajar al-Quran : Semalam, Hari ini dan Esok'.
Antara antara panel speaker pada diskusi tersebut ialah Pengarah World #Quran Convention Ustad Nouman Ali Khan; Pengasas Ibn 'Ashur Centre Sohaib Saeed; DPhil Scholar, The Centre for Muslim-Christian Studies, University of Oxford Saqib Hussain; dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie Tan Sri Mohd Daud Bakar.
Dengan bertemakan Serve To Be Served: A Divine Guidance From Surah al-Insaan, program sehari itu memfokuskan kepada kepentingan berkhidmat kepada ummah berasaskan ajaran al-Quran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan diri, keluarga, organisasi dan negara itu, disertai lebih 1,800 peserta.
Konvensyen itu yang juga di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), merupakan satu inisiatif bagi menggalakkan umat Islam untuk membaca, memahami dan melaksanakan ajaran al-Quran, dalam membentuk pemikiran dan budi pekerti mereka berdasarkan al-Quran dan Hadis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dalam ucapannya perasmiannya berkata konsep Malaysia MADANI adalah berpaksikan kepada ajaran yang terdapat dalam Surah al-Insaan.
Beliau berkata Malaysia MADANI yang juga merupakan satu polisi 'berkhidmat kepada rakyat' mempromosikan keharmonian negara, memberikan layanan adil, perkongsian kekayaan dan pentadbiran yang penuh belas kasihan.
"Malaysia MADANI mewujudkan model tadbir urus yang berpaksikan 'al-Insaan', iaitu kemanusiaan - yang memenuhi keperluan keadilan melalui prinsip dan moral yang menggalakkan persefahaman, belas kasihan, penghargaan, saling hormat-menghormati, dan kasih sayang antara satu sama lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat pameran semasa hadir pada The World #QuranConvention 4.0 hari ini. Turut sama Hussamuddin (kiri). - Gambar/ Bernama
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Catopia Shah Alam
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian Taman Kuching Shah Alam hari ini.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke program Orkestra Tradisional Malaysia
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia 2024 anjuran Istana Budaya.

Permaisuri Norashikin berangkat ke Program World Animal Day 2024
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat menghadiri Program World Animal Day 2024.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke HPBS Selangor 2024
Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin yang meluangkan masa hampir dua jam turut berkenan melawat beberapa reruai di HPBS Selangor 2024 sebelum berangkat pulang pada 12.30 tengah hari.

Sentuhan Tengku Permaisuri Selangor warnai hari ketiga SIBS 2024 siri dua
Tengku Permaisuri Norashikin, mencuri perhatian pada hari ketiga Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 siri kedua apabila berkenan menyempurnakan demonstrasi masakan.

Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.

Isu tular Taman Kucing Klang, MBDK nafi abai, aniaya kucing
MBDK menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti tular di media sosial.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Gala 25 Tahun UiTM
Sultan Sharafuddin berkenaan berangkat ke Majlis Malam Gala 25 Tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sebuah universiti.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah di Kuching hari ini.