Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa kesal berhubung insiden anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas yang tular menerusi sebuah klip video dalam media sosial baru-baru ini.
Tengku Permaisuri Selangor, yang juga Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor (SFS) turut kecewa dan sedih kerana kejadian kejam seumpamanya itu masih berlaku dalam masyarakat meskipun banyak kempen kesedaran telah dilaksanakan membabitkan haiwan terbiar.
"Saya amat kesal apabila diperlihatkan dengan satu klip video yang menunjukkan beberapa anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas.
"Di sini saya ingin menggesa agar pihak berwajib lebih peka dan berperikemanusiaan dalam menguruskan kes membabitkan haiwan terbiar di jalanan," titah Baginda menerusi satu kenyataan dalam akaun Facebook Selangor Royal Office hari ini.
Baginda turut difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam serta Pembangunan Kampung Baru negeri Selangor, Ng Sze Han telah memohon maaf di atas tindakan kasar anggota MPSJ terbabit.
Dalam pada itu, Baginda berharap prosedur penangkapan haiwan jalanan yang ditetapkan seharusnya dipatuhi untuk memastikan kesejahteraan haiwan dan keselamatan kakitangan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.
"Saya juga ingin menegaskan betapa pentingnya prosedur ini dijalankan dengan sebaik mungkin tanpa menyakiti atau mencederakan haiwan terbabit. Prosedur ini juga perlu diperkemas dan dilaksanakan sesuai dengan situasi tertentu.
"Buat kesekian kalinya saya mohon agar semua pihak, tidak kiralah kakitangan pihak berkuasa atau masyarakat secara amnya, supaya menyemai sifat belas kasihan terhadap haiwan terbiar yang memerlukan bantuan," titah Baginda.
Tengku Permaisuri Selangor bertitah semua pihak perlu mematuhi Akta Kebajikan Haiwan 2015 di mana memperuntukkan bahawa hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 07 2019
![Tengku Permaisuri Selangor kesal insiden penangkapan anjing secara ganas Tengku Permaisuri Selangor kesal insiden penangkapan anjing secara ganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536938776_engkuPermaisuriSel.jpg)
Tengku Permaisuri Selangor, yang juga Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor (SFS) turut kecewa dan sedih kerana kejadian kejam seumpamanya itu masih berlaku dalam masyarakat. - Gambar fail
![Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif
Agensi penarafan Fitch memberi amaran langkah AS kenakan tarif baharu akan meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
![Kasih sayang tanpa sempadan, Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar Kasih sayang tanpa sempadan, Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644427496_StarCatShelter.jpg)
Kasih sayang tanpa sempadan, Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar
Usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak mengikut jejak langkah ayahnya.
![Tengku Permaisuri Selangor kesal insiden penangkapan anjing secara ganas Tengku Permaisuri Selangor kesal insiden penangkapan anjing secara ganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536938776_engkuPermaisuriSel.jpg)
Tengku Permaisuri Selangor kesal insiden penangkapan anjing secara ganas
Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa kesal berhubung insiden anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas y
![Terharu! Nelayan ini ulang-alik naik bot beri makan anjing Terharu! Nelayan ini ulang-alik naik bot beri makan anjing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530000232_AnjingPakistan.jpg)
Terharu! Nelayan ini ulang-alik naik bot beri makan anjing
Dua orang nelayan ini berulang-alik menaiki bot untuk memberi makan kepada sekumpulan anjing terbiar di Pulau Dingy.
![Rabies: Op tangkap anjing besar-besaran di Julau Rabies: Op tangkap anjing besar-besaran di Julau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41500385294_anjingliarrabies.jpg)
Rabies: Op tangkap anjing besar-besaran di Julau
Operasi tersebut merangkumi 10 kilometer radius dari sekolah itu, melibatkan lapan kawasan panas yang dilaporkan banyak anjing terbiar berkeliaran.