KUALA LUMPUR: Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilantik sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (WFMH) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan bukan sahaja pencapaian buat Malaysia malah pengiktirafan terhadap peranan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai pendukung antarabangsa untuk kesihatan mental.
“Kami yakin Tengku Puteri Iman Afzan akan mewakili kepentingan WFMH dan menjadi suara advokasi kesihatan mental di PBB,” ujarnya.
Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan akan menegaskan usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan dan cabaran dasar.
“Saya telah berpeluang bekerjasama dengan pihak berkepentingan kesihatan mental tradisional dan bukan tradisional.
"Saya telah melihat bagaimana usaha itu telah menerima sokongan hebat dengan idea-idea baharu dan pandangan tentang cara untuk memecahkan halangan dan mendorong agenda itu di negara kita. Saya tidak sabar untuk menyampaikan kisah Malaysia di PBB.
“Menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 ketika pandemik COVID-19 satu penghormatan. Perbualan saya mengenai kesihatan mental berubah menjadi lebih baik.
“Kesihatan mental tidak boleh diperjuangkan sendirian, ia memerlukan segala input dan saya menantikan 2022 yang amat memberangsangkan,” jelas Tengku Puteri Iman Afzan.
BACA: Program sarjana baru Taylor's University: Tengku Puteri Iman Afzan kongsi kepentingan kesihatan mental
BACA: Kesihatan mental: Puteri sulung Agong lancar Green Ribbon Group
Tengku Puteri Iman Afzan akan ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB di New York.
Tengku Puteri Iman Afzan akan disokong Presiden WFMH, Setiausaha Agung, Presiden Dipilih dan Naib Presiden Serantau untuk Amerika Utara dan Caribbean.
Penugasan itu mengikut tempoh Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia dari 10 Okt 2020 hingga 10 Okt 2021.
Bernama
Sat Dec 11 2021

Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan akan menegaskan usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan dan cabaran dasar. - Gambar/ Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.