KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berharap babak politik yang berlaku pada hari ini akan menjadi satu lembaran baharu buat Malaysia.
Satu nafas baharu ke arah pentadbiran Malaysia yang lebih stabil, supaya tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha menangani cabaran pandemik COVID-19, katanya.
Beliau yang sebelum ini merupakan bekas Menteri Kewangan pada masa sama berterima kasih kepada semua kakitangan kementerian tersebut dan agensi-agensi berkaitan atas kerjasama baik selama ini.
“Selama hampir 18 bulan memegang jawatan, cabaran terbesar bagi #TeamMOF adalah memastikan aspek nyawa dan kehidupan serta kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi kekal bertahan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, lantik beliau PM 'caretaker'
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan MOF dan agensi-agensi berkaitan atas sokongan kerjasama yang tidak putus-putus selama saya berkhidmat.
Beliau dalam pada itu mengakui, berkhidmat sebagai Menteri Kewangan adalah menjadi kemuncak dalam kerjayanya selama ini.
“Ia sangat mencabar tetapi ia menjadi satu penghargaan terbesar buat saya kerana diberi kesempatan untuk berkhidmat untuk negara.
“Saya akui, saya tidak sempurna. Walaupun saya telah mencuba yang terbaik, masih ada ruang untuk diperbaiki.
“Saya telah melakukan tugas dengan sebaik mungkin, tetapi hanya sejarah yang akan menjadi penentu yang lebih baik,” ujarnya.
Tengku Zafrul turut memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang berkhidmat dan mendoakan semoga Allah SWT memberkati negara dan rakyatnya.
Faris Danial Razi
Mon Aug 16 2021

Tengku Zafrul turut memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang berkhidmat dan mendoakan semoga Allah SWT memberkati negara dan rakyatnya. - Gambar fail/BERNAMA

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.

UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.

Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).

MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.

Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.

Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.

Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.

Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.

MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.