KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun dari 29 Mei hingga 3 Jun 2023 untuk mengukuhkan hubungan perdagangan, perindustrian dan pelaburan sedia ada antara kedua-dua negara.
Misi itu akan meliputi Tokyo dan Osaka dan akan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, MITI berkata misi perdagangan dan pelaburan adalah program utamanya, yang turut mencerminkan fungsi utamanya sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk menggalakkan perdagangan dan menarik pelaburan asing serta menggalakkan pelaburan tempatan.
Jepun telah menjadi rakan dagang yang penting dan sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) untuk Malaysia selama beberapa dekad.
"Misi ini dijangka mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara sejajar dengan peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada tahun lepas," menurut MITI.
Sehubungan itu, Tengku Zafrul dan delegasinya akan bertemu dengan pemain industri Jepun yang terkemuka dalam sektor ini, yang telah menunjukkan minat mereka untuk melabur dan mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.
Tengku Zafrul juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Nishimura Yasutoshi untuk membincangkan isu dua hala dan kerjasama ekonomi melalui pelbagai platform antarabangsa, terutamanya Dialog Dasar Perindustrian Awam-Swasta Jepun-Malaysia, Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Pada 2022, Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak US$41.21 bilion (RM181.50 bilion) berbanding US$36.41 bilion (RM149.76 bilion) pada 2021.
Jumlah perdagangan Malaysia-Jepun pada 2022 telah meningkat 21.2 peratus tahun ke tahun.
Dari segi pelaburan, Jepun telah menjadi antara sumber utama FDI Malaysia untuk sektor pembuatan.
Sehingga 2022, sebanyak 2,746 projek pembuatan dengan penyertaan Jepun telah dilaksanakan.
"Projek ini telah menjana impak limpahan yang positif untuk rantaian bekalan perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan menyediakan pekerjaan kepada 336,326 orang," menurut MITI.
Katanya Jepun disenaraikan sebagai pelabur asing keempat terbesar dari segi projek pembuatan yang dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun dari 29 Mei hingga 3 Jun 2023 untuk mengukuhkan hubungan perdagangan, perindustrian dan pelaburan sedia ada antara kedua-dua negara. - BERNAMA
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.
Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.
Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.
Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.
Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.
Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.
MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.