KUALA TERENGGANU: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan menutup sementara semua Taman Eko-Rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di negeri ini bermula 1 November nanti.
Penolong Pengarah Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri, Zaida Zakaria berkata, penutupan selama empat bulan itu perkara biasa dilakukan setiap tahun kerana musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air.
"Tengkujuh dan kepala air boleh mengancam keselamatan pengunjung, jadi semua kawasan ini ditutup buat sementara waktu kepada kunjungan orang ramai sehingga 28 Februari dan akan dibuka semula pada 1 Mac nanti.
“Sepanjang tempoh tersebut, semua aktiviti bagi tujuan rekreasi, trekking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpanan Kekal adalah tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.
Sementara itu menurut Zaida, Jabatan Perhutanan negeri akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di semua kawasan yang ditutup bagi mengelak berlakunya sebarang pencerobohan.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya ada mengesan aktiviti pencerobohan ke Taman Eko-Rimba dan hutan simpanan kekal dan sekiranya ditangkap mereka boleh dikenakan kompaun serta tindakan undang-undang.
Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi larangan ini bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga masing-masing,” katanya.
Katanya, terdapat tujuh Taman Eko-Rimba di Terengganu yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Taman Eko-Rimba Air Menderu, Chemerong, Lata Belatan, Lata Payung, Lata Tembakah, Sekayu dan Bandar Bukit Bauk.
“Mengikut rekod, tujuh Taman Eko-Rimba ini mencatatkan seramai 47,792 pengunjung sepanjang tahun lepas dengan Sekayu merekodkan pengunjung paling ramai iaitu 20,702 orang diikuti Air Menderu dan Bandar Bukit Bauk,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 29 2022
![Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664431363_TamanEkoRimbaDitutup.jpg)
Taman Eko-Rimba Air Menderu antara kawasan yang akan ditutup ketika tengkujuh nanti. -Foto Sinar Harian
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
![Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664431363_TamanEkoRimbaDitutup.jpg)
Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara
Penutupan selama empat bulan itu perkara biasa dilakukan setiap tahun kerana musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air.
![Treler bawa balak saiz 'luar biasa' dari Terengganu, bukan Pahang - JPNP Treler bawa balak saiz 'luar biasa' dari Terengganu, bukan Pahang - JPNP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621817427_Trelerbalakluar.jpg)
Treler bawa balak saiz 'luar biasa' dari Terengganu, bukan Pahang - JPNP
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menjelaskan, treler bersama muatan kayu balak itu difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.
![Lesen 17 kilang papan dibatalkan Lesen 17 kilang papan dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528250507_AhmadFadzil.jpg)
Lesen 17 kilang papan dibatalkan
17 kilang papan yang tidak beroperasi melebihi dua tahun di Terengganu telah dibatalkan.
![15 individu ditahan, balak bernilai RM3.5 juta dirampas - Jabatan Perhutanan Terengganu 15 individu ditahan, balak bernilai RM3.5 juta dirampas - Jabatan Perhutanan Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41460442944_PembalakanTerengganu.jpg)
15 individu ditahan, balak bernilai RM3.5 juta dirampas - Jabatan Perhutanan Terengganu
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menahan lima belas individu serta merampas 24 jentera dan balak bernilai kira-kira RM3.5 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.