KUALA LUMPUR: Juara dunia Natasha Mohamed Roslan tidak pernah terfikir minat mendalam terhadap tenpin boling akan membawanya mengembara hampir ke seluruh pelusuk dunia selepas diperkenalkan kepada sukan itu oleh ibunya.
Menceritakan perjalanan sebagai atlet negara, Natasha yang merangkul pingat emas acara individu wanita pada Kejohanan Dunia di Kuwait awal bulan ini berkata, beliau dipanggil menyertai skuad remaja kebangsaan ketika berusia 15 tahun.
Menurut juara remaja dunia 2016 itu yang mula bermain tenpin boling seawal usia tujuh tahun, selepas setahun bersama skuad remaja kebangsaan, beliau mengundurkan diri kerana mahu memberikan tumpuan kepada persekolahan sehingga tamat tingkatan lima.
Ibarat bertemu bukit di tepi telaga, usai tamat persekolahan, anak jati Selangor berusia 27 tahun itu terpilih untuk bersama skuad utama kebangsaan dan sejak itu berpuluh negara dilawatinya sepanjang 10 tahun membawa nama Malaysia.
"Amerika Syarikat (AS) negara paling banyak kali saya pergi, yang belum pergi Afrika Selatan, Colombia dan beberapa negara di Eropah tetapi sebelah Asia dah lengkap kerana tidak banyak kejohanan di Eropah, lebih banyak di Asia," katanya kepada Bernama di sini.
Natasha yang juga sebahagian daripada skuad juara dunia acara berpasukan wanita di Las Vegas, AS pada 2017 berkata Jerman adalah negara pertama dilawatinya selepas bergelar pemain kebangsaan dan perjalanan ke sana mempunyai pengalaman manis tersendiri.
Sewaktu menyertai kejohanan di Jerman ketika itu, beliau menerima perkhabaran mengenai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui telefon oleh ibunya, Anita Mohamad Ali.
"Saya ingat perjalanan ke Jerman kerana waktu itu keputusan SPM keluar di sini, saya minta ibu bapa saya pergi ambil, (waktu itu) saya takut sebab takut kena marah kalau keputusan tidak baik tetapi Alhamdulillah keputusan okey dan ibu bapa terus cakap fokus boling (dan) jangan fikir pasal benda lain.
"Kenangan itu paling saya ingat disebabkan perbezaan waktu saya terima panggilan pada waktu malam, ibu bapa gembira jadi saya pun lega dan boleh berikan tumpuan kepada boling," katanya.
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata dari sudut sukan tenpin boling, AS negara paling menarik perhatiannya disebabkan ilmu dan pengalaman berharga yang diraih.
"Di sana apabila kita beraksi dalam PWBA (Persatuan Boling Wanita Profesional), saya belajar banyak benda, di sana mereka sangat teliti dalam sukan ini sebagai contoh cara mereka anjurkan kejohanan dan menjaga pemain.
"Sewaktu kejohanan di sana jurulatih tak boleh berada bersama kami, semuanya antara pemain dan lorong, kita perlu belajar sendiri apa kelemahan kita dalam setiap kejohanan disebabkan itu, di sana ada antara pemain terbaik dunia," katanya yang merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
![Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698219570_tbNatasha.jpg)
Selepas setahun bersama skuad remaja kebangsaan, Natasha mengundurkan diri kerana mahu memberikan tumpuan kepada persekolahan sehingga tamat Tingkatan Lima. - Foto Facebook Bowling Malaysia
![Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739194644_ElonMuskCFPB.jpg)
Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan
Ibu pejabat Biro Perlindungan Kewangan Pengguna AS (CFPB) di Washington akan ditutup dari Isnin hingga Jumaat.
![Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739199991_TBNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736584276_NatashaRoslan.jpg)
Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
![ASN 2023: Mike Mahen, Natasha rangkul Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan ASN 2023: Mike Mahen, Natasha rangkul Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718294257_TBANUGERAHSUKAN.jpg)
ASN 2023: Mike Mahen, Natasha rangkul Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan
Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah diangkat sebagai Olahragawan Kebangsaan, manakala Natasha Mohamed Roslan dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.
![Kekalahan mengejut beri pengajaran berguna kepada Natasha Kekalahan mengejut beri pengajaran berguna kepada Natasha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698999809_bolingwanita.jpg)
Kekalahan mengejut beri pengajaran berguna kepada Natasha
Pemain boling elit wanita negara, Natasha Mohamed Roslan mengalami kekalahan mengejut pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-45 semalam, selepas kira-kira sebulan muncul juara dunia buat kali pertama.
![Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698219570_tbNatasha.jpg)
Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia
Natasha berkata, beliau dipanggil menyertai skuad remaja kebangsaan ketika berusia 15 tahun.
![Natasha rangkul emas kejohanan boling dunia di Kuwait Natasha rangkul emas kejohanan boling dunia di Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696886295_TBIBFWorldChampions.jpg)
Natasha rangkul emas kejohanan boling dunia di Kuwait
Pemain berusia 27 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik.
![Natasha-Li Jane genggam gangsa di Alabama Natasha-Li Jane genggam gangsa di Alabama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657597484_NatashaSinLi.jpg)
Natasha-Li Jane genggam gangsa di Alabama
Natasha-Li Jane mengatasi cabaran sengit pasangan Colombia Juliana Franco-Clara Guerrero dengan kemenangan 235-204, 247-237.
![PKP pembakar semangat buat pemain boling negara mulakan perniagaan biskut PKP pembakar semangat buat pemain boling negara mulakan perniagaan biskut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603428602_Cookies.jpg)
PKP pembakar semangat buat pemain boling negara mulakan perniagaan biskut
PKP mencetuskan idea buat Natasha untuk menceburi bidang perniagaan biskut dalam talian.